Rabu, 29 Ogos 2012

Ceramah "Motivasi PPKMK" Untuk Jabatan Kesihatan NS

29 Ogos 2012, Port Dickson : Satu Program Kursus Dalam Perkhidmatan Pembantu Tadbir Pengkeranian & Operasi telah dianjurkan oleh pihak Bahagian Pergigian Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan. Kursus sehari ini telah dilangsungkan di Hotel Mesra, Port Dickson.

Di sebelah paginya program dimulakan dengan ceramah bertajuk "Komunikasi Berkesan" yang disampaikan oleh En Zulkifli bin Jantan pada jam 9.00 pagi hingga 10.00 pagi. Kemudiannya selepas sesi minum pagi sesi disambung dengan ceramah bertajuk "Tatakelakuan" yang telah disampaikan oleh Tuan Hj Samsudin bin Che Awang yang berlangsung pada jam 10.30 pagi hingga ke jam 12.30 tengahari.

Selepas selesai makan tengahari dan Solat Zohor sesi bersambung lagi. Kali dengan ceramah "Pemantapan Prestasi, Kualiti dan Mutu Kerja" (PPKMK) telah disampaikan oleh Sdr. Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Berliau berceramah mulai jam 2.00 petang hingga ke jam 4.30 petang.

Berikut dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan di sepanjang sesi ceramah Sdr Syamsul Amri berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

5 ulasan:

Zubaidah Mohamed Doya berkata...

TQ atas ceramah yg sungguh berkesan dan sumbang foto2 yg menarik hati

Unknown berkata...

betul2... hr2 kursus pn bes kalo cmni... hilang sume stress.. n yg plg bes,, blh igt ape yg dsmpaikn. .. tgok foto ni rs nk tgelak2... t.ksh pd yg tlibat mnjykan kursus nih... credit to pnceramah... :-)

Tanpa Nama berkata...

1st time dgr ceramah mcm nie..ceramah berkomedi..sbb dr mula sehingga habis ketawa da berhenti2..mmg da best la..

Tanpa Nama berkata...

terbaikkkkkkkklah... seronok dpt dgr ceramah ni..hope dpt dgar lagi dimasa akan datang...smga pnceramah akn trus berjaya dmasa akan datang....:)

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih di atas sokongan serta maklumbalas semua. Mudah-mudahan kite berpeluang lagi untuk bersesi ceramah bersama-sama lagi di masa yang akan datang.

- Syamsul Amri bin Hj Ismail -