Isnin, 23 September 2013

Ceramah Motivasi Manusia Ok + Ok : Ombak Rindu (Siri II)

23 September 2013 : Satu Program Ceramah Motivasi Pembangunan Sumber Manusia telah diadakan dan berlangsung mulai jam 8.30 pagi hingga ke jam 4.30 petang bertempat di Dewan Auditorium. Program ceramah ini antara lain memberi pendedahan kepada para peserta yang terdiri daripada kakitangan kerajaan sebagai persediaan mengawal emosi dan tingkah laku secara bijak samada di rumah atau di tempat kerja.

Program ceramah ini juga berhasrat melahirkan tenaga kerja yang sentiasa berfikiran positif terhadap perubahan kerja dalam organisasi serta melahirkan tenaga kerja yang sentiasa bijak berfikir sebelum bertindak berdasarkan situasi dalam kelompok keluarga dan rakan sekerja. Di samping itu dapat melahirkan warga kerja yang lebih bertanggungjawab dalam aspek kerjaya, keluarga dan organisasi.

Untuk itu, program ini telah mengundang Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM) bagi menyampaikan ceramah di sepanjang program ini berlangsung. Di antara tajuk yang dibentangkan adalah "Transformasi Minda","Dilema Di Tempat Kerja dan Dilema Di Dalam Keluarga" dan tajuk hangat "Ombak Rindu - Siri II"

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ceramah ini berlangsung.




Disediakan oleh : EDITOR

1 ulasan:

JUNE ADNAN berkata...

best sangat sampai tak henggat kursus ni, penceramah terbaiklah!!! hope lepas ni boleh buat lagi kursus macam ni tiap-tiap bulan...hehehehe boleh hilang stress wooooo.... you are the best la encik syamsul....