Isnin, 24 Februari 2014

Ceramah Motivasi "Rejuvenasi Minda" di Jelebu

19 Februari 2014, Jelebu : Satu Program Ceramah Motivasi Pekerja telah diadakan khusus buat para pegawai dan kakitangan kerajaan seluruh daerah Jelebu. Program ini telah berlangsung di Dewan D'Sury, Majlis Perbandaran Jelebu.

Program anjuran Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Jelebu ini berlangsung mulai jam 8.30 pagi hingga ke jam 1.00 petang.

Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Rejuvenasi Minda Menuju Kecemerlangan".

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ceramah tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: