Isnin, 1 September 2014

Ceramah Motivasi Pelajar Negeri Perak di Dewan Banquet, Bangunan SUK Perak

1 September 2014, Ipoh : Satu Program Ceramah Motivasi Pelajar telah diadakan khusus buat para pelajar yang bakal menyambung pengajiannya di IPTA dan IPTS. Program ini diadakan bersempena dengan program penyerahan bantuan pembiayaan pelajaran kepada para pelajar oleh Kerajaan Negeri Perak yang bakal diampaikan sendiri oleh YAB Menteri Besar Perak.

Program ceramah ini telah berlangsung di Dewan Banquet, Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Perak Darul Ridzuan.

Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Pelajar Penentu Masa Hadapan Negara".

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ceramah  tersebut dilangsungkan.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: