Rabu, 29 Oktober 2014

Ceramah Motivasi Modal Insan di SUK Pulau Pinang

27 Oktober 2014, Pulau Pinang : Satu Program Ceramah Motivasi Pekerja telah diadakan khusus buat kakitangan Pejabat SUK dan Kakitangan Kerajaan seluruh Negeri Pulau Pinang. Program ini telah berlangsung di Dewan Auditorium, Kompleks tun Abdul Razak (KOMTAR), Pulau Pinang.

Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Pekerja Cemerlang, Negara Terbilang".

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: