Jumaat, 12 Jun 2015

Ceramah Motivasi Kecemerlangan Pelajar UPSRA


12 Jun 2015 : Satu Program Ceramah Motivasi Kecemerlangan Pelajar telah diadakan khusus buat Para Pelajar dan Ibubapa Calon-Calon Peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA). Program ini telah berlangsung mulai jam 10.00 pagi hingga ke jam 12.00 tengahari. Ibubapa turut diingatkan supaya memainkan peranan didalam memberi rangsangan kepada anak-anak yang berada dalam mood yang agak 'tegang' menjelang peperiksaan ini.

Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk : "Pembentukan Pelajar Champion".

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ceramah ini berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: