Khamis, 2 Julai 2015

Ceramah Penghayatan Ramadhan 1436 Hijrah di Yayasan Negeri Sembilan (YNS), Seremban


1 Julai 2015, Seremban : Satu Program Ceramah Penghayatan Ramadhan 1436 Hijrah telah diadakan khusus buat para Pegawai dan Kakitangan Yayasan Negeri Sembilan (YNS) di Seremban. Program ini telah diadakan di Bilik Mesyuarat YNS, Tingkat 11, Bangunan YNS.

Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk : "Sinar Ramadhan Yang Dinanti". Pelbagai amalan-amalan baik bersandarkan kepada ayat-ayat Al-Quran serta Hadith dan Sunnah Nabi SAW telah dikongsikan bersama sekalian yang berkesempatan hadir.

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ceramah tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: