Selasa, 3 November 2015

Ceramah Seminar Integriti Perkhidmatan Awam di Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Pilah


2 November 2015, Kuala Pilah : Satu Program Ceramah Seminar Integriti Perkhidmatan Awam telah diadakan bertempat di Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Pilah. Program ini telah dianjurkan oleh Unit Integriti Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Negeri Sembilan Darul Khusus

Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Penerapan Nilai Integriti Dalam Perkhidmatan Awam". Program ini telah turut dihadiri oleh Tn Hj Ali Luman, Pegawai Daerah Kuala Pilah.

Dengan ini dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ceramah tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: