Khamis, 28 Julai 2011
Ceramah "Kekeluargaan" di Masjid Palong 6
20 Julai 2011, Gemas : Satu ceramah "Keluarga Bahagia" telah diadakan bertempat di Felda Palong 6, Gemas Negeri Sembilan. Ceramah ini telah diadakan bertempat di Masjid As-Solihin, Palong 6. Penceramah yang diundang di dalam program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Ceramah ini merupakan hasil usaha YBhg Datuk Bentara Dalam, Datuk Sahat Samat yang merupakan salah seorang daripada Ahli Jawatankuasa Masjid As-Salihin ini.
Ceramah Sdr Syamsul yang benar-benar mendapat perhatian hadirin telah berlangsung selepas solat Isya' mulai jam 9.00 malam hingga ke jam 11.30 malam. Hadirin nyata tertarik dengan konsep penyampaian ceramah yang lain daripada yang lain oleh Sdr Syamsul ini.
Berikut dikongsikan gambar-gambar di sepanjang program ini berlangsung.
Isnin, 11 Julai 2011
Seminar Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) Kebangsaan
KOTA TINGGI, JOHOR : Satu Seminar Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) Peringkat Kebangsaan telah diadakan di Lotus Desaru Beach Resort, Kota Tinggi, Johor Darul Takzim. Seminar ini berlangsung selama 4 hari dan 3 malam. Program ini telah dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan, Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Seminar ini telah disertai oleh pelajar-pelajar PRS yang datangnya daripada Sekolah-Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan juga beberapa pelajar cemerlang yang didatangkan khas daripada negara jiran Indonesia.
Penceramah yang berjaya menarik perhatian, tidak lain tidak bukan Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah menerusi dua slot iaitu "Komunikasi Berkesan Serta Kepentingannya" dan juga "Menempa Kecemerlangan Masa Hadapan".
Tahniah dan syabas diucapkan kepada pihak penganjur di atas kejayaan menjayakan program seminar seperti ini yang nyata penting bagi membentuk keupayaan para pelajar berkomunikasi serta secara tidak langsung membentuk keperibadian serta kematangan dalaman diri di dalam berinteraksi di dalam masyarakat.
Disediakan oleh : EDITOR
Langgan:
Catatan (Atom)
