Pemimpin parti komponen BN lupa asas sokongan ‘kuasa’ mereka
Saranan YB Dato’ Mukhriz Mahathir agar sistem sekolah vernakular dimansuhkan dan semua kanak kanak dan pelajar mengikuti sistem sekolah kebangsaan, secara strategik bagi menjayakan proses integrasi nasional and kesefahaman intra-etnik, sepenuhnya mendapat reaksi negatif dari pemimpin pati komponen BN. Pemimpin Gerakan dan MCA membidas saranan Mukhriz, secara terbuka dan lantang.
Laporan The Star:
Thursday December 4, 2008
Stop attacking vernacular school system, say two MCA bureaus
KUALA LUMPUR: Stop attacking the vernacular school system just to score points during party elections because this creates tension among races.
The MCA Youth Education Bureau and MCA Legal Bureau criticised Umno Youth chief aspirant Datuk Mukhriz Mahathir for calling on the Government to abolish the vernacular school system to enhance unity among the people, saying that a single-school system was the only way to check racial polarisation.
“We urge Mukhriz not to purposely play up the education issue simply because of the advent of his party’s polls,” MCA National Youth education bureau chief Chong Sin Woon said yesterday.
“Such sentiment has always been played up by Umno Youth leaders, causing unhappiness among the Chinese community and creating tension among all the races.”
He added that the proposal by Mukhriz contradicted the spirit of the Federal Constitution, which guaranteed the freedom to promote and develop the vernacular school system.
Chong said the vernacular school system was an asset to the country and did not hinder national unity.
“The education sentiment has seriously been politicised, and this will only continue to reduce our nation’s competitiveness,” he added.
He invited Mukhriz to a dialogue with the bureau to have a better understanding of the importance of Chinese education to the community.
MCA Legal Bureau chairman Datuk Leong Tang Chong demanded that the Jerlun MP make a public apology to all Malaysians and refrain from making such political rhetoric.
“The law is clear, and no one is above the law. The supremacy of the Federal Constitution must be respected at all times by all Malaysians,” he said.
He added that Mukhriz’s call for the abolition of the vernacular school system by integrating it into the national school system flew in the face of Article 152(1)(a) which inter-alia stated that “no person shall be prohibited or prevented from using (other than for official purposes) or from teaching or learning in any other language.
“(b) nothing in the Clause shall prejudice the right of the Federal Government or of any state government to preserve and sustain the use and study of the language of any other community in the Federation”.
*********************************************
Pemuda MCA wajar mempertimbangkan Artikel 152 dan Penyata Razak 1956 secara meyeluruh sebelum memberikan reaksi, walaupun mungkin keperluan untuk mengambil peluang isu ini di’modal’kan dari konteks kedudukan politik mereka mewakili etnik Cina.
Kenyataan Mukhriz ini dibuat di Parlimen sebagai reaksi kepada saranan Timbalan Presiden MCA Dato’ Chua Soi Lek agar semangat ‘Ketuanan Melayu’ dimansuhkan. Sebelum itu, pemimpin Wanita Gerakan Dato’ Tan Liah Hoe juga mengeluarkan kenyataan berbaur yang sama, juga menerima respons negatif dari pemimpin UMNO.
Laporan Utusan Malaysia:
Lian Hoe terus dibidas
Oleh ARSHAD KHAN
KUALA LUMPUR 13 Okt. - Kenyataan Ketua Wanita Gerakan, Datuk Tan Lian Hoe mencerminkan tahap ‘kebijaksanaan’ yang agak rendah apabila meletakkan orang Melayu di negara ini sebagai pendatang dari Nusantara.
Setiausaha Satu Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena), Prof. Madya Datuk Zainal Abidin Borhan berkata, ini kerana Malaysia adalah sebahagian daripada lingkungan Nusantara itu sendiri.
“Bagaimana boleh orang Melayu dikatakan pendatang jika asal mereka adalah dalam lingkungan kawasan yang sama?
“Apa yang disebutkan adalah satu konsep yang tidak tepat daripada segi kerangka budaya ilmu dan antropologi malah termasuk juga arkeologi,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Jumaat lalu, Lian Hoe yang juga Timbalan Menteri Penerangan memberi peringatan supaya semua pihak tidak melupakan sejarah selain menyamakan asal usul setiap kaum di negara ini.
Beliau berkata: “Orang Melayu datang dari kepulauan Melayu di Nusantara. Orang Cina dari negara China. Orang India dari negara India.”
Zainal menjelaskan, kawasan Nusantara boleh dikatakan sebagai wilayah kebudayaan Melayu yang berbeza dengan wilayah kebudayaan Cina atau India.
Justeru katanya, kenyataan Lian Hoe itu hanya menafikan fakta dan merupakan pandangan yang dangkal.
Beliau menambah, kenyataan itu juga seolah-olah mencerminkan seorang pemilik rumah itu adalah pendatang dalam rumahnya sendiri.
Presiden Persatuan Penterjemahan Malaysia, Professor Emeritus Abdullah Hassan pula berkata, Nusantara adalah satu daerah yang besar untuk orang Melayu.
Sempadan yang wujud dalam Nusantara katanya, adalah kesan penjajahan yang membawa kepada kelahiran negara yang memiliki sempadan.
Namun katanya, walaupun kewujudan negara itu menampakkan pengasingan, tetapi ia tetap satu daerah untuk masyarakat Melayu.
“Kita memanglah datang dari pulau-pulau berlainan tetapi kita berpindah-pindah dalam alam kita sendiri,” katanya.
Dalam pada itu, Persatuan Pengguna Islam turut menyelar tindakan Lian Hoe itu sebagai boleh mewujudkan suasana tegang antara kaum.
Setiausaha Agungnya, Datuk Dr. Maamor Osman berkata, kenyataan mempersoalkan status orang Melayu sebagai masyarakat peribumi negara ini jelas tidak boleh diterima.
“Beliau jelas tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan dan individu seperti ini patut dikenakan hukuman yang lebih tegas.
“Ini kerana dengan kedudukan Timbalan Menteri Penerangan, beliau menabur api perkauman di kalangan masyarakat negara ini,” katanya.
**************************************
Kalau dikaji dan perhalusi, kenyataan Dato’ Tan Lian Hoe ini merupakan satu nada yang berbaur perkauman. Sebagai seorang anggota pentadbiran Kerajaan dan pemimpin tertinggi sebuah parti komponen BN yang banyak mendapat faedah dari semanagt ‘kongsi kuasa’ dan sokongan pengundi bukan kalangan kumpulan etnik yang mereka wakili, kenyataan ini wajar dianggap sebagai ‘kurang ajar’.
‘Provokasi’ asal yang dilakukan oleh pemimpin pemimpin parti komponen BN ini sebenarnya memberikan illustrasi sebenar psiki mereka. Samada mereka mendapat tekanan kerana populariti mereka sebagai pemimpin mewakili etnik cina dalam kerajaan ‘kongsi kuasa’ BN menurun secara drastik dan mereka memerlukan ‘modal’ untuk ‘menonjolkan’ bahawa mereka sebenarnya berusaha keras mempertahankan kepentingan kaum mereka, menjadi anggapan dikalangan ramai penganalisa politik. Satu lagi aspek yang boleh dibuat anggapan bahawa kenyatan ‘menolak’ semangat ‘Ketuanan Melayu’ dewasa ini merupakan satu yang lahir dari hati nurani pemimpin tertentu komponen BN dan ‘keikhlasan’ mereka sebagai ‘rakan kongsi’ kerajaan ‘kongsi kuasa’ mungkin ada sebab kukuh untuk perlu diragui.
Yang nyata, pemimpin parti komponen BN ini diberikan kuasa melalui sokongan rakyat semasa pilihanraya umum bukanlah atas kekuatan mereka sendiri. Ramai yang dipilih sebagai Ahli Parlimen kerana mereka bertanding dikawasan majoriti Melayu dan asas kekuatan sokongan pengundi sebenarnya datang dari pengundi Orang Melayu. Contoh yang paling jelas ialah Dato’ Tan Lian Hoe sendiri. Beliau diberikan kerusi Parlimen Grik atas pengorbanan UMNO pada PRU 12 Mac 2008; satu kerusi tradisional UMNO dan 80% pengundi merupakan orang Melayu. Ini merupakan salah satu dari dua kerusi yang Gerakan hanya mampu menang dalam PRU 12. Pendekata, Dato’ Tan Lian Hoe menganggotai pentadbiran sebagai seorang Timbalan Menteri sebenarnya atas ehsan kuasa proses demokrasi yang orang Melayu peruntukan dan penghormatan yang diberikan, dan bukan atas kekuatan beliau sendiri atau parti yang beliau wakili.
Parti parti komponen BN harus sedar bahawa kedudukan mereka dalam Kerajaan bukan atas sokongan etnik yang mereka wakili malah sokongan padu dan tidak berbelah bagi orang Melayu, atas dorongan UMNO selama 12 kali pilihanraya umum, termasuk pilihanraya umum pertama pra-Kemerdekaan 1955, dimana MCA diperuntukan 15 kerusi (hampir 30% kerusi yang dipertandingkan) walaupun kumpulan etnik yang mereka wakili, iaitu kaum Cina masih rendah yang layak mengundi. Inilah semangat ‘kongsi kuasa’ yang UMNO sanggup ‘korban’ dan peruntukan kawasan dimana pengundi Melayu menjadi majoriti kepada ‘rakan kongsi’ dan perlu diingat bahawa sokongan pengundi dikalangan orang Melayu wajar dilihat sebagai konsep ‘Ketuanan Melayu’, dari konteks dan perpektif ‘kongsi, satu pengorbanan yang Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra berikan dan diteruskan dan didukung sehingga hari ini, dalam semangat Parti Perikatan dan hari ini, Barisan Nasional.
Sebelum ini, kelemahan Kepimpinan BN PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi mengakibatkan parti kompoenn BN seperti SAPP keluar dari kerajaan ‘kongsi kuasa’ dan menjadi Pembangkang. Paling terbaru ialah PPP mengugut untuk menarik keluar dari BN. Realitinya, kedudukan dan sumbangan oleh parti ‘nyamuk’ dalam keluarga BN ini merupakan seolah olah “Ada tidak menambah, tiada tidak mengurang”, wajar disedari pemimpin mereka. Parti mereka mendapat lebih menafaat menjadi sebahagian dari keluarga ‘kongsi kuasa’ BN dari mereka sebagai parti bebas dan menjana sokongan atas kekuatan sendiri.
Oleh demikian, pemimpin parti komponen wajar ’sedar diri’ dan tidak menjadi ‘kacang lupakan kulit’. Mereka wajar kembali kepada semangat asal bagaimana toleransi, kesefahaman, kerjasama dan pelawaan dan peruntukan ‘kongsi kuasa’ diujudkan dan kesinambunganya berjaya dipertahankan sehingga hari ini, walaupun parti parti komponen BN mengalami ketirisan sokongan yang kritikal dari kumpulan etnik yang mereka wakili, contohnya semasa PRU 7 Ogos 1986 dan PRU 12 Mac 2008. Pemimpin parti komponen BN wajar mengadakan muhasabah diri secara serious dan komprehensif sebelum membuat sebarang kenyataan dan tindakan dan tidak menunggu pemimpin UMNO, sebagai tunjang kekuatan BN bertindak. Mereka harus mengambil iktibar dari episod PBS ‘menikam dari belakang’ semasa keluar dari BN menjelang PRU 8 1990.
- Dipetik dari http://bigdogdotcom.wordpress.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan