Sabtu, 20 Februari 2010
Seminar Bagi Pegawai & Setiausaha Hakim di Istana Keadilan, Putrajaya
Pada 20 Februari 2010, bertempat di Dewan Persidangan Hakim telah berlangsungnya seminar buat Pegawai dan Setiausaha Hakim di Istana Keadilan (Palace of Justice) di Putrajaya. Saudara Syamsul Amri, Eksekutif Kajian Dasar daripada Intellectual Orator Consultant (IOC) telah dijemput untuk menyampaikan ceramah di bawah tajuk "Mengenali Hakim / Bos". Saudara Syamsul telah menyampaikan ceramah di hadapan kira-kira 50 orang peserta yang secara majoritinya merupakan Setiausaha kepada Hakim telah menyampaikan ceramah selama 2 jam mulai jam 2.30 petang hingga jam 4.30 petang.
.
Sebaik sahaja tamat Saudara Syamsul bersama dengan keseluruhan urusetia dan peserta telah bersama-sama menikmati hidangan jamuan petang. Seminar ini berlangsung selama 2 hari dan bakal hanya akan berakhir pada 21 Februari 2010. Syabas dan tahniah diucapkan di atas kejayaan urusetia di dalam menganjurkan program ini.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan