Khamis, 22 April 2010

Forum Keluarga : "Komunikasi Suami Isteri Pengikat Kasih Sayang"

Forum Perdana
"Komunikasi Suami Isteri pengikat Kasih Sayang"
.
22 April 2010
.
Bertempat di PULAPOL Jalan Semarak
.
Satu Forum Perdana telah diadakan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) di Jalan Semarak Kuala Lumpur pada 22 April 2010. Forum ini telah di anjurkan oleh Badan Agama dan Kebajikan (BAKA). Forum Perdana ini bertajuk "Komunikasi Suami Isteri Pengikat Kasih Sayang". Forum ini telah bermula pada jam 9.30 pagi dan berakhir pada jam 11.30 pagi.
.
Forum ini telah di kendalikan oleh Ustaz Sha'bani (Institut Darul Qur'an) yang telah bertindak selaku Moderator. Ahli-ahli panel forum ini terdiri daripada Ustaz Suhaimi yang merupakan Pendaftar Nikah dan Cerai daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Sementara seorang lagi ahli panel yang telah dijemput adalah Saudara Syamsul Amri bin Hj Ismail yang merupakan Eksekutif Kajian Dasar Intellectual Orator Consultant (IOC).
.
Forum ini telah berlangsung dengan meriahnya apabila ahli-ahli panel telah berjaya menghidupkan suasana dengan membawakan contoh-contoh serta kisah berkaitan suami isteri yang benar-benar mencuit hati.
.
Kami daripada Blog Alumni Debat Malaysia (ADAM) dengan ini mengucapkan tahniah di atas kejayaan serta inisiatif melaksanakan program ilmu seperti ini.
.
Ustaz Taib bin Masron memulakan majlis dengan bacaan doa
Doa dibaca dengan penuh ketenangan bagi mendapatkan keberkatan Ilahi
Moderator dan ahli-ahli panel mengaminkan bacaan doa
Kesemua peserta yang hadir telah bersedia mengikuti forum yang akan bermula
Moderator memulakan sesi alu-aluan dengan memperkenalkan diri serta barisan ahli panel
Soalan diperdengarkan kepada semua
Ustaz Suhaimi mula menjawab persoalan yang diberikan berkaitan Tips Keluarga Bahagia
Saudara Syamsul pula mengupas berkenaan pendekatan komunikasi yang sesuai bagi menangani konflik rumahtangga
Suasana yang dirakamkan dari belakang dewan
Para peserta fokus dengan mendengar forum yang disampaikan
Saudara Syamsul memberikan ulasan lanjut berkenaan isu komunikasi
Suasana ceria menyelubungi dewan apabila mendengarkan variasi jawapan daripada ahli panel
Soalan yang diajukan oleh peserta berkaitan sikap calon isteri yang pendiam
Persoalan dibangkitkan berkenaan bagaimana jikalau suami isteri seringkali berbohong 'sedikit' demi menjaga hati pasangan masing-masing
Peserta ini pula mengajukan soalan berkenaan tips mempertahankan kebahagiaan rumahtangga serta isu percintaan dengan warga asing yang kian menjadi-jadi dewasa ini
Ustaz Sha'bani mengilas terlebih dahulu soalan-soalan yang diajukan sebelum dijawab oleh ahli-ahli panel
Saudara Syamsul memulakan sesi menjawab soalan terlebih dahulu
Sebaik sahaja selesai program, kesemua moderator, ahli-ahli panel forum dan peserta menuju ke ruang hidangan bagi menikmati jamuan yang telah siap sedia dihidangkan
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: