Sabtu, 17 April 2010

Pidato Festival Kesenian Islam anjuran KEMAS Parlimen Seremban

Pertandingan Pidato
Festival Kesenian Islam
anjuran
KEMAS Parlimen Seremban
.
17 April 2010
.
Bertempat di SMKA Sheikh Hj Mohd Said, Seremban
.
.
Alhamdulillah, sebagaimana yang dinyatakan di atas, saya telah berpeluang sekali lagi menjadi hakim pertandingan Pidato Festival Kesenian Islam yang mana dahulunya dikenali sebagai Ihtifal.
.
Di dalam majlis ini saya telah berjanji untuk memberikan komentar buat peserta yang bertanding melalui laman blog ini bagi memudahkan setiap peserta mendapat tunjuk ajar serta teguran secara terperinci (detail) bagi dijadikan panduan serta bekalan untuk mana-mana pertandingan yang bakal disertai di masa akan datang.
.
Baiklah komentar-komentarnya adalah seperti berikut:
.
Peserta Pertama : Rosemah Mohd Zin
.
Beliau membawa topik "Konsep 1 Malaysia". Masalah utama beliau adalah apabila beliau membaca teks di sepanjang pidato beliau disampaikan. Maka markah kelancaran penyampaian dan gaya pasti akan terganggu. Keyakinan juga tidak wujud sama sekali kerana beliau seolah-olah memasuki pertandingan membaca berita dan bukannya berpidato! Pemahaman serta penghayatan terhadap isikandungan juga tiada sama sekali lantaran membaca teks tanpa nada sesuai dipadankan dengan apa yang dilafazkan, akhirnya beliau gagal sama sekali menarik minat audiens untuk mendengar.
Peserta Kedua : Nurdiana Sibon
.
Peserta ini juga membawakan tajuk "Konsep 1 Malaysia". Kali ini peserta ini sedikit harapan dilihat berbanding peserta pertama apabila beliau tidak membawa teks ketika menyampaikan pidato. Namun, terdapat masalah di mana; gaya yang tidak 'natural' seolah dibuat-buat. Ini mungkin terjadi kerana beliau menggunakan teknik hafalan tanpa memahami isikandungan yang disampaikan. Penghayatan kurang, tiada pemahaman, wajah acapkali berkerut kerana cuba mengingati teks yang telah dihafal (agaknyalah), yang mana akhirnya turut mencacatkan penyampaian secara keseluruhannya
Peserta Ketiga : Nursyasafeza Omar
.
Peserta ini pula membawa tajuk "Muhibbah Membentuk Perpaduan". Peserta ini tidak membawa teks tetapi mengulang kesalahan yang sama. Kerap kali 'hilang' punca apabila terlupa teks yang dihafal. Isi yang terlalu sedikit, sehinggakan pidato disudahkan tidak sampai pun 5 minit, sedangkan masa diberi 7 minit untuk setiap peserta. Isi tidak disusun hinggakan seolah-olah beliau hanya menyampaikan 1 isi sahaja.


Peserta Keempat : Asnorazila Bukhari

Peserta ini sekali lagi memilih tajuk "Konsep 1 Malaysia" kelihatan sedikit tersusun cuma permasalahan menghafal berulang semula. Namun teks dipegang ditangan. Walaupun melihat sekali sekala namun ia jelas mengganggu persembahan beliau. Masa yang tidak diurus dengan baik sehinggakan penyampaiannya melangkaui 10 minit. Tempo penyampaian yang agak 'perlahan' menjadikan penyampaian agak membosankan.

.

Kesimpulannya, saya boleh gambarkan bahawa kesemua peserta pada hari ini kekurangan isi, tiada struktur serta gagal memahami konsep pidato dan pengucapan awam iaitu "Beritahu apa yang ingin disampaikan, sampaikan dan beritahu apa yang telah disampaikan". Dalam ertikata lain kesemua pidato tidak menyatakan outline di dalam pidato yang disampaikan mengakibatkan pidatonya tidak tersusun dan menerawang tanpa arah tuju. Fakta yang kurang juga menjeaskan kematangan isi yang disampaikan oleh pemidato. Tiada langsung pembukaan (introduction) dan penutup (closing) yang menarik daripada peserta.

Apa pun saya ucapkan tahniah di atas keberanian peserta, selamat maju jaya dan tahniah kepada yang berjaya!!!

.

Syamsul Amri bin Hj Ismail

Presiden

Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM)

Tiada ulasan: