Isnin, 10 Januari 2011

Inikah Namanya "Langgar Lari"???

Bingkisan dari India.....
.
.
Salam dan hello bloggers.
.
pagi tadi sebelum masuk posting ada dengar satu dentuman yang sangat kuat...
hmm,actually ada satu eksiden melibatkan satu bas melanggar seorang lelaki yang tengah menunggang motorsikal.. kuat gile bunyi..aku dah agak dahsat punya.. rupanya,satu jalan dah ditutup entah kenapa *india memang suka tutup jalan sesuka hati..dan eksiden dulu yang melibatkan sahabat aku juga disebabkan jalan ditutup* bila jalan tutup,bas tu masuk lane yag bertentang arah... jalan dahlah sempit.. bas sini memang macam ribut.. tak akan slow..jalan ni macam diorang yang punya.
.
bila dah terlanggar.. bas tu terheret jauh gak si mangsa tadi.. pemandu bas pun berhenti..konduktor bas tarik mangsa keluar dari bawah bas.. lepas tu dengan selamba konduktor tu naik balik bas.dan bas tadi bergerak dengan sesuka hati tanpa belas kasihan dan rasa bersalah yang amat.. aku dengar member aku cerita rasa nak bagi pelempang kat pemandu bas tu..kejam sangat..ini langgar lari namanya.. langgar lari di siang hari!!! dan di hadapan umum yang sangat ramai!!!!
.


.
sementara nak tunggu ambulans datang..mangsa lelaki tadi telah pun meninggal dunia disebabkan kecederaan parah kat kepala dia..kesian sangat.. rasa-rasanya ada ke keadilan untuk si mangsa?? tak ada.aku yakin tak da.. ini india.. orang mati merata-rata.. nyawa tu macam tak berharga langsung.. aku tumpang sedih dengan keluarga mangsa..macam mana dengan anak kecik kalau dia ada..bini dan keluarga dia? tahu-tahu dia dah tak ada.. meratap je diorang mampu..diorang bukannya orang kaya sampai nak bawa ke mahkamah.. masyarakat? apa diorang tahu? nak ambil nombor plat bas? jangan diharap... selesai mayat mangsa diangkat,semua pun bergerak pulang ketempat masing-masing..kisah tadi? dah jadi sejarah dalam sekelip mata...
.
bagi aku, keperihatinan masyarakat sangat penting..kalau tak macam tu lah..berleluasa dan semakin berleluasa orang yang tak ada keperimanusiaan ni... Alhamdulillah setakat ini malaysia masih lagi ada orang yang perihatin..kalau nampak langgar lari depan mata,ada je yang tolong reportkan.. dan aku rasa..kes eksiden langgar lari ni banyak berlaku malam dan tanpa orang nampak..tapi kat india? siang hari di depan puluhan orang...berani?
.
dan bagi aku lagi..sepatutnya,ambulans di mana-mana sahaja patut mencontohi pasukan paramedik di luar negara..ambulans lengkap dengan segala alat bantuan kecemasan..dan bukannya hanya attender sahaja yang berada dalam ambulans..malah doktor terlatih yang boleh memberikan segala bantuan kecemasan sebelum segalanya terlambat bila sampai hospital nanti...
.
.
Oleh : Intan Syazwani

Tiada ulasan: