Khamis, 27 Januari 2011

Kem Debat Corus Paradise : Program Santai

Pada 22 dan 23 Januari 2011 telah berlangsungnya Kem Debat di Hotel Corus Paradise melibatkan pendebat-pendebat universiti. Program ini telah di adakan untuk memberi satu gambaran serta pendedahan teknik pemikiran perdebatan khusus untuk para pendebat demi persediaan bersaing di persada debat intervarsiti.
.
Kesemua pendebat yang baru sahaja kembali daripada pertandingan Debat Keamanan di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) menjadikan program ini sebagai salah satu platform persediaan menghadapi pertandingan Debat Integriti anjuran Institut Integriti Malaysia (IIM) yang bakal berlangsung pada bulan Februari 2011 ini di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah.
.
Program ini telah dikendalikan oleh Sdr Syamsul Amri, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM).
.
Program pada hari pertama (22 Januari 2011) dimulakan dengan perbincangan berkaitan Teknikal / Tatacara Debat Universiti mulai jam 3.00 petang hingga ke jam 5.30 petang. Di sebelah petangnya para peserta dibenarkan untuk berehat menikmati pemandangan indah di Pantai Port Dickson serta bersantai.
.





.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: