Ahad, 16 Disember 2012

Ceramah Motivasi "Rejuvenasi Minda" Fakulti Undang-Undang, UiTM Shah Alam

15 Disember 2012, Shah Alam : Satu Program Ceramah telah diadakan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam. Program ini adalah merupakan anjuran Pusat Pengajian Asasi, Fakulti Undang-Undang, UiTM Shah Alam. Program ini dinamakan sebagai "Bengkel Rejuvenasi Minda" dan telah dilangsungkan di Fakulti Kejuruteraan, UiTM Shah Alam.

Di antara pengisian yang telah dijalankan adalah Program Ceramah Motivasi yang bertajuk "Rejuvenasi Minda Menuju Kecemerlangan". Ceramah Motivasi ini telah disampaikan oleh Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM) yang juga merupakan Alumni UiTM yang juga berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang, UiTM.

Beliau berceramah mulai jam 9.00 pagi hingga ke jam 11.00 pagi. Beliau nyata menggamatkan suasana dengan pelbagai kisah serta teladan yang dikongsi bersama pelajar-pelajar yang telah berkesempatan hadir. Beliau berkongsi pengalaman semasa bergelar pelajar di Fakulti Undang-Undang serta tips-tips belajar untuk dijadikan sebagai dorongan dan panduan untuk para pelajar untuk menjadi seorang yang berjaya di masa hadapan. Di kesempatan ini juga Sdr Syamsul turut mendedahkan realiti cabaran hidup di luar sebaik sahaja para pelajar menamatkan pengajian nanti kerana seandainya para pelajar tidak memperlengkapkan diri dengan kecemerlangan dibimbangi nanti para pelajar tidak mampu bersaing dan akhirnya akan tewas di dalam kehidupan hari ini yang penuh liku dan cabaran getir yang sedia menanti.

Turut hadir sama ke program ini ialah Pn Elyana, Ketua Pusat Pengajian (KPP) Asasi, serta beberapa orang pensyarah di Fakulti Undang-Undang UiTM Shah Alam.

Dengan ini EDITOR mengucapkan syabas dan tahniah buat penganjur di atas inisiatif serta usaha menjayakan program seperti ini dan didoakan semoga para pelajar mampu menggapai kejayaan serta kecemerlangan yang diidam-idamkan.

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan di sepanjang program ceramah tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: