Sabtu, 15 Disember 2012

Ceramah "Pengurusan Konflik Keluarga" di Pusat Dakwah Islamiah Paroi (Album 1)


Program Seminar
Klinik Keluarga Bahagia
11 Disember 2012
Pusat Dakwah Islamiah, Paroi

Ceramah "Pengurusan Konflik Keluarga"

Satu Program Seminar Klinik Keluarga Bahagia telah diadakan pada 11 Disember 2012 bertempat di Pusat Dakwah Islamiah, Paroi. Di antara penceramah yang telah diundang ke program ini termasuklah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM)

Sdr Syamsul telah menyampaikan ceramah bertajuk "Pengurusan Konflik Keluarga". Ceramah selama dua jam ini antara lain membawa punca-punca timbulnya konflik yang mana seringkali dikaitkan dengan permasalahan komunikasi dan ekspektasi. Beliau juga telah berkongsi sama tips-tips serta panduan bagi menyelesaikan dan mengatasi konflik keluarga ini.

Dengan ini EDITOR mengucapkan syabas dan tahniah di atas usaha yang telah dimainkan oleh pihak penganjur bagi menjayakan program yang bermanfaat seperti ini.

Dengan ini dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan di sepanjang program ini berlangsung.

(Album 1)


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: