Khamis, 2 Mei 2013

Ceramah Penerangan Isu Semasa di Pancor, DUN Lenggeng

2 Mei 2013, Seremban : Satu Program Ceramah Penerangan Isu-Isu Semasa Negara menjelang Pilihanraya Umum ke 13 telah dianjurkan oleh Pergerakan Wanita UMNO Cawangan Pancor. Program ini telah diadakan bertempat di rumah salah seorang penyokong tegar Barisan Nasional di kawasan ini. Cawangan Pancor ini berada di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lenggeng dan Parlimen Seremban.

Penceramah undangan bagi program ini adalah anak jati Pancor sendiri iaitu Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau mengupas pelbagai isu mulai jam 5.30 petang hingga ke jam 7.00 petang.

Turut hadir sama ke program ini adalah Tn Hj Hasan Sulan, Ketua UMNO Cawangan Pancor, dan juga Pn Hjh Rahmah Yusof, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Cawangan Pancor.

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan di sepanjang program ini berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: