Isnin, 20 Mei 2013

UTM Juara Debat MISEE 2013 mengatasi Pasukan UPM

19 Mei 2013, Johor Bahru : Satu Pertandingan Debat Pelaburan Saham bersempena dengan Ekspo Pelaburan Saham Malaysia (MISEE) telah diadakan bertempat di Bangunan Persada, Johor Bahru. Pertandingan ini melibatkan 12 orang peserta daripada 7 buah Universiti Tempatan.

Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM) telah dilantik menjadi Ketua Hakim bagi pertandingan ini.

Di dalam pertandingan ini, Sdr Ahmad Mustaqim daripada UTM telah diisytiharkan sebagai juara setelah menewaskan Nurul Afifah daripada UPM.

Syabas diucapkan kepada yang berjaya, buat yang gagal cuba lagi di lain masa... 


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: