Selasa, 31 Disember 2013

Ceramah Motivasi Keusahawanan di Mini RTC Pontian

27 Disember 2013, Pontian : Satu Program Ceramah Motivasi Keusahawanan telah diadakan bertempat di Kompleks Mini RTC Kampung Attap, Pontian, Johor Darul Takzim. Program ini berlangsung khusus buat para usahawan dari seluruh Negeri Johor.

Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Rejuvenasi Minda Menuju Kecemerlangan","Kuasa Minda Positif" dan "Kompetensi Keusahawanan".

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ceramah tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: