Selasa, 31 Disember 2013

Ceramah Motivasi Pekerja Kementerian Pertanian Putrajaya

11 Disember 2013, Melaka : Satu Program Ceramah Motivasi Pekerja telah dianjurkan oleh Kementerian Pertanian, Putrajaya dan diadakan bertempat di Hotel Hang Tuah World Heritage, Melaka. Program ini berlangsung khusus buat para pegawai dan kakitangan agensi agensi di bawah Kementerian Pertanian.

Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Menempa Kecemerlangan Masa Hadapan".

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ceramah tersebut berlangsung.



Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: