Ahad, 29 Jun 2014

Ceramah "Penghayatan Ramadhan 1435 Hijrah" di Masjid Jamek Kuala Pilah

29 Jun 2014, Kuala Pilah : Satu Program Ceramah Penghayatan Ramadhan 1435 Hijrah telah diadakan bersempena dengan ketibaan Ramadhan 1435 Hijrah. Program ini merupakan hasil inisiatif YB Datuk Norhayati Hj Omar, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan Darul Khusus. Program ini berlangsung di Masjid Jamek Yam Tuan Raden, Kuala Pilah.

Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Ramadhan Dihayati".

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program tersebut dilangsungkan.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: