Jumaat, 27 Jun 2014

Ceramah Undang-Undang MPHTJ di Tg. Bidara, Melaka

24 Jun 2014, Melaka : Satu Program Ceramah Penguatkuasaan Undang-Undang PBT telah dianjurkan oleh Jabatan Penguatkuasaan, Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ). Ceramah tersebut telah berlangsung di Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara, Melaka.

Di antara penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Tatacara Pengeluaran Kompaun" dan "Pendakwaan Kes-Kes PBT di Malaysia".

Bersama dengan ini dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program tersebut dilangsungkan.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: