Ahad, 31 Mei 2015
Ceramah Motivasi "Kuasa Minda Positif" anjuran YMM di Hotel Sutera, Seremban 2
31 Mei 2015, Seremban : Satu Program Ceramah Motivasi Keusahawanan telah diadakan bersempena dengan Program Latihan Kemahiran dan Keusahawanan 2015. Program ini telah dianjurkan oleh pihak Yayasan Mahir Malaysia (YMM) bertempat di Hotel Sutera, Seremban 2.
Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Deabat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk : "Kuasa Minda Positif".
Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ceramah tersebut berlangsung.
Disediakan oleh : EDITOR
Langgan:
Catatan (Atom)