Isnin, 18 Mei 2015

Ceramah Motivasi Hari Guru anjuran JPNIN Negeri Sembilan di Klana Resort, Seremban


16 Mei 2015, Seremban : Satu Program Sambutan Hari Guru 2015 telah dianjurkan oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Negeri Sembilan. Program ini diadakan khusus buat Guru-Guru Besar, Guru-Guru serta Tenaga Kerja Tabika-Tabika Perpaduan dari seluruh pelusuk Negeri Sembilan. Program ini telah berlangsung di Dewan Ballroom, Hotel Klana Resort, Seremban.

Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk : "Guru : Membina Ilmu, Menyempurnakan Akhlak".

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ceramah tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: