Isnin, 24 Ogos 2015

Ceramah Motivasi Pelajar dan Keibubapaan di SMK Taman Forest Heights


22 Ogos 2015, Seremban : Satu Program Ceramah Motivasi Kecemerlangan Pelajar serta Peranan Ibu Bapa Menjelang Peperiksaan telah diadakan bertempat di Dewan Besar SMK Taman Forest Heights, Senawang. Program ini telah diadakan mulai jam 9.00 pagi hingga ke jam 11.00 pagi.

Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk : "Motivasi Pelajar CHAMPION : Ibubapa Cemerlang, Pelajar Gemilang".

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ceramah tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: