Isnin, 17 Ogos 2015

Ceramah Motivasi Pelajar di SMK Undang Rembau (URESS)

17 Ogos 2015, Rembau : Satu Program Ceramah Motivasi Kecemerlangan Pelajar khusus buat para Pelajar Tingkatan 3 yang bakal menduduki Peperiksaan PT3 pada tahun ini telah diadakan bertempat di Dewan Besar, SMK Dato' Undang Rembau (URESS), Rembau. Program ini telah berlangsung mulai jam 8.30 pagi hingga ke jam 10.30 pagi.

Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk : "Rejuvenasi Minda : Motivasi Pelajar CHAMPION". Pelbagai pendekatan serta tips dikongsikan bersama para pelajar di dalam usaha mencapai kecemerlangan.

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ceramah tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: