Jumaat, 16 Oktober 2015

Ceramah Maal Hijrah 1437H Di SK Lavender Heights, Senawang

 

16 Oktober 2015, Senawang : Satu Program Sambutan Maal Hijrah 1437 Hijriyyah telah diadakan bertempat di Sekolah Kebangsaan Lavender Heights, Senawang. Program ini melibatkan keseluruhan guru-guru serta para pelajar SK Lavender Heights. Program ini telah diadakan di Dewan Fatimah Az-Zahra, Sk Lavender Heights. Turut hadir sama ke program ini adalah Tuan Hj Nor Aziff bin Jinoh, Guru Besar Sk Lavender Heights.

Majlis ini diisi dengan Ceramah Maal Hijrah yang telah disampaikan oleh Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk : "Perpaduan Nadi Transformasi Negara".

Dengan ini dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program Ceramah Maal Hijrah tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: