Ahad, 25 Oktober 2015

Ceramah Penerangan Isu Semasa SANTAI PEMUDA "SINERGI RAKYAT" di Sikamat


21 Oktober 2015, Seremban : Satu Program Ceramah Penerangan Isu-Isu Semasa telah diadakan bersempena dengan Program Santai Pemuda "SINERGI RAKYAT" anjuran Pergerakan Pemuda UMNO DUN Sikamat bersama-sama dengan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban.

Penceramah yang telah diundang ke Program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM) yang juga merupakan Ketua Penerangan, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban.

Program ini telah turut dihadiri oleh YBhg Datuk Seri Hj Mohd Yusof Harmain Shah, Ketua UMNO Cawangan Sikamat dan perasmian program ini telah disempurnakan oleh YBhg Sdr Azharuddin Shujauddin, Naib Ketua Pemuda UMNO Negeri Sembilan yang juga merupakan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban.

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: