Melihatkan kepada Pertandingan Debat DiRaja pada tahun 2008 ini, hati ini masih tertanya-tanya, di manakah perginya sinar perdebatan yang diagung-agungkan sejak sekian lama? Bukannya menuding pendebat kini tidak hebat, dan tidak juga menyatakan bahawa pendebat dahulu hebat, bukan itu. Tetapi persoalan yang acapkali bermain di fikiran saya ke mana agaknya arah tuju debat ini. Banyak ruangan makalah dan tinta disebarkan seantero tanahair menyingkap betapa masing-masing merupakan pencinta debat. Tetapi sejauh mana usaha kita selaku ‘pencinta debat’ ini benar-benar membuktikan apa yang dikata… yang selama ini kelihatan tidak pernah dikotakan.
Tidak usah bermain bicara lagi, kerana yang jelas debat ini tidak pun ke mana-mana. Meskipun bagus ke’bagus’an itu tidak pernah sama sekali dikembangkan. Kerana kita semua sedar, “tidak akan ada yang baru jika tiada yang lama”. Dan jika ini benar mengapa yang lama dipinggirkan sedemikian rupa. Terutamanya di dalam Pertandingan Debat DiRaja 2008. Bukan semua senior yang dijemput. Mengapa? Jika diimbas kembali kepada penulisan saya yang lepas, anda pasti tahu mengapa, kerana… ada di antara senior debat itu tidak disenangi oleh beberapa individu di sana yang juga merupakan senior debat juga.
Khabarnya ketika di UIAM baru-baru ini ketika Debat DiRaja berlangsung telah dirancangkan satu sesi pertemuan bagi menerangkan tentang apa itu ADI (Alumni Debat IPT). Tetapi menurut rakan-rakan di sana ia telah ditangguhkan dengan tiba-tiba kerana kehadiran bebeerapa senior debat yang tidak disenangi ke pertandingan ini. Aduhhh.. kenapalah ini terjadi. Debat ini hak siapa sebenarnya? Hak semua kan? So, yang dok menggelabah dengan kehadiran alumni ni kenapa?
Yang paling memeranjatkan saya… adalah seorang senior debat yang kini agak aktif melatih satu pasukan ni, bila ditanya.. “Kenapa kau tak ajak Acoy jadi Hakim?”. Katanya, “ Aku memang dah lama tak bercakap dengan Acoy. Acoy pun dah declare yang dia dah tak nak terlibat dengan team UiTM lagi. Dia sibuk dan malas nak campur dengan hal-hal debat UiTM lagi!”. Inilah statement yang paling jahat, busuk dan yang tidak pernah terkeluar dari mulut saya. Dan kini barulah saya faham mengapa budak-budak UiTM boleh menyatakan mereka tidak menjemput saya untuk memantau sesi latihan mereka kerana saya sibuk TANPA mereka pernah bertanya kepada saya. Apa pun ini tidaklah bermakna saya begitu terdesak untuk menjadi jurulatih kepada UiTM cumanya saya terkilan bahawa saya dikatakan pernah menyatakan sedemikian rupa sedangkan ia sebenarnya tidak begitu.
Sewajarnya ’beliau’ yang merupakan pendatang di UiTM perlu sedar akan hakikat ini dan tidak mengambil kesempatan meracuni pemikiran pendebat muda dengan sentimen halus berbaur kebencian dan hasutan yang berniat jahat untuk kepentingan sendiri. Dahulunya ’beliau’ ini hanya datang sebagai pemerhati sahaja di UiTM tetapi kemudiannya beliau sedikit demi sedikit berjaya memonopoli UiTM sehinggakan junior UiTM sehingga kini tidak dapat lagi menghidu apa sebenarnya rekod peribadinya. Tetapi tidak mengapalah, tentang itu saya reservekan untuk penulisan yang akan datang.
Apa pun kita selaku alumni debat Malaysia perlu tetap bersama berganding bahu dan memastikan agar dunia debat akan terus bersinar dan berkembang maju. Jangan asingkan diri kita daripada dunia debat, kerana mereka perlu tahu siapa kita. Insya Allah saya sedang merancang pertemuan kesemua alumni debat Malaysia, sedikit masa lagi untuk terus-terusan menyusun aktiviti kita.
Semoga ketemu lagi di lain masa.
Syamsul Amri bin Hj Ismail
Pengerusi Blog Alumni Debat Malaysia (ADAM)
2 ulasan:
terkilan juga dengan sikap segelintir kita yang gemar bermain politik untuk kepentingan diri sendiri. Tengok sahajalah perkembangan bola sepak kita, tetap tidak kemana. hantarlah pemain main hingga ke kutub mana sekalipun, namun tetap di ceruk lama. Tak layak rasanya diri ini nak mengatakan tentang isu alumni ni, saya pun bukanlah dikenali sangat dalam dunia debat ini. tapi apa yang saya dapat terlalu banyak dalam debat, sayang jika adik-adik hari ini tidak dapat sebagaiman yang saya dapat suatu ketika dahulu. Walaupun hanya 3 tahun di debat IPT, debat megajar saya banyak perkara. Rugi dek kerana sifat kita yang sering mementingkan agenda tersendiri dalam debat, generasi yang akan memimpin kita suatu hari nanti lemas dengan isu alumni. semua alumni perlu bersatu, niat utk melatih perlu luhur. salam muhasabah diri semua. Abg Achoi jgn mudah putus semangat, kita berdebat kerana itu jiwa kita.
Terima kasih Uzair di atas komen dan ulasan anda. Apa pun saya akan terus menulis dan memastikan debat ini benar-benar terus menjadi jiwa kita. Tiada siapa yang dapat menghalang Alumni daripada terus menjadi tunjang dan nadi kepada keberterusan keharmonian debat tanahair. Mereka yang berniat serong di dalam dunia debat ini saya percaya pasti akan tersungkur juga kahirnya. Kita tunggulah masa dan ketikanya. Dengan sokongan padu kesemua alumni debat di dalam ADAM akan terus dijadikan teras pembangunan ADAM sebagai wadah kepada seluruh Alumni Debat Malaysia.
Terima kasih.
Catat Ulasan