Selasa, 21 April 2009

Antara UMNO/BN dengan UPIN & IPIN - Dari Kacamata Presiden


Assalamualaikum kesemuanya,


Saya mulakan penulisan kali ini dengan pengucapan penuh terima kasih di atas permintaan pelbagai pihak di dalam email alumnidebat@yahoo.com yang memohon saya menulis berdasarkan topik yang mereka inginkan demi penelitian dan pandangan saya. Saya cuba untuk memberi respon terhadap permintaan yang paling tinggi manakala yang lainnya mungkin saya akan nyatakan secara ringkas melalui e-mail sahaja(demi tidak menghampakan). Bagi bulan ini ramai benar yang bertanyakan kepada saya tentang penubuhan kabinet Dato Seri Najib baru-baru ini. Lama juga saya fikirkan sebelum mengambil keputusan menulisnya pada hari ini.


Barisan Kabinet Malaysia yang diterajui UMNO/BN baru telah diumumkan baru-baru ini dan mendapat liputan dan perhatian menyeluruh dari seluruh negara. Perkara ini terus mendapat ulasan dari seluruh pemerhati politik negara baik dari dalam mahupun luar negara. Barisan kabinet Dato Seri Najib ini membayangkan betapa, Najib benar-benar mahukan pemimpin yang datangnya dari akar umbi (grassroot) dan bukannya pemimpin yang tidak direstui (secara terang-terangan) oleh rakyat. Ini pernah saya ulas ketika menulis tentang keputusan pemilihan UMNO yang berlangsung pada bulan Mac yang lalu.


Kita dapat melihat betapa PM kita benar-benar mahukan dirinya dianggap berbeza seperti yang lainnya (lain-lain PM) dan beliau mahu menunjukkan betapa beliau lah orangnya yang akan memacu perubahan atau transformasi yang diinginkan. Transformasi ini dapat dirasakan ketika Pilihanraya Kecil di Bukit Gantang baru-baru ini, apabila kita berjaya mengenalpasti betapa undi orang Melayu secara majoritinya telah kembali semula kepada UMNO.


Dengan kembalinya undi ini maka bukan kecil tanggungjawab UMNO/BN di dalam mempertahankan dan membuktikan kesungguhan kerajaan yang diterajui oleh BN ini yang berusaha 'tampil semula' dengan imej barunya yang dikatakan sebagai sudah dan sedang di 'transformasi' kan. Ini sememangnya jelas. Imej baru ini merupakan imej impian rakyat dan rakyat mahukan perubahan besar-besaran terutamanya betapa sejak sekian lama sebahagian besar rakyat mula merasakan bahawa suara mereka sudah tidak penting dan seolah sudah tidak didengari. Inilah bebannya yang perlu diambil perhatian oleh pemimpin baru masakini.


Golongan Muda dan remaja yang pernah saya tegaskan sebelum ini sebagai lebih cenderung kepada parti pembangkang, tidak dapat tidak perlu perhatian segera untuk diambil tindakan pembetulan. Jika tidak, persoalan ketahanan UMNO/BN akan terus ibarat telur di hujung tanduk. Saudara Khairy Jamaludin perlu membuktikan bahawa meskipun beliau bukannya menteri kabinet, tetap mampu menggembleng usaha sebagai Ketua Pergerakan Pemuda untuk mengembalikan generasi Muda ini ke dalam UMNO. Usaha ini tidak sama sekali saya tujukan kepada UMNO sahaja, tetapi juga MIC dan MCA kerana golongan muda yang bukan Melayu juga tidak ketinggalan memilih menyokong pembangkang kerana tidak mahu akan perjuangan yang yang hanya bersifat retorik, dan bersifat lapuk tanpa pembaharuan dan seolah tidak dapat di'baharu'kan.


DRAMA MELAYU DAN UMNO/BN


Hari ini terlalu banyak drama dan filem di dalam televisyen yang berpeluang kita tontoni, tidak kiralah yang Melayu ke, Cina (TVB), Tamil, Hindi, Sepanyol, dan Indonesia kebanyakannya, rata-rata kita seolah dapat mengagak kesudahannya. Terutamanya Drama Melayu. Jadi apakala begini keadaannya, ramai penonton tidak mahu menanti hingga ke akhir, kerana pada pandangan penonton, kesudahannya berkemungkinan sama. Apabila ini berlaku meskipun seseorang produser sememangnya telah mengkaji drama dan bercadang meletakkan kesudahan yang sangat berbeza, maka hasratnya ini tidak kesampaian kerana penonton sudah jemu dengan plot, skrip, jalan cerita yang ditonton kerana meramalkan kesudahannya adalah stereotype yang pastinya tidak mendatangkan minat. Maka, di sini tidak dapat tidak, produser filem perlu merombak keseluruhan cerita bagi memastikan penonton tidak sempat berasa bosan dengan cerita yang dipaparkan.


Maka, tidak hairanlah Filem dan Drama "Upin & Ipin" mendapat perhatian di seluruh negara, malahan tidak pernah kita membayangkan sehinggakan kutipan tiket "Upin & Ipin" ini berjaya memecah rekod filem "Transformers" yang didatangkan daripada Amerika Syarikat. Mengapa ini berlaku? Kerana, imej, features, paparan, kreativiti serta promosi menunjukkan betapa lainnya filem Malaysia yang ini dan diminati segenap golongan rakyat yang menyaksikannya.

Filem Animasi Upin & Ipin menampilkan kelainan

Maka, begitu jugalah dengan UMNO/BN, imej, features, cara kerja, kreativiti, penyampaian maklumat(promosi) juga perlu diubah bagi menarik minat rakyat agar kembali memberi sokongan penuh kepada UMNO/BN. Inilah yang diperlukan oleh pimpinan kita hari ini. Jika tidak skrip UMNO/BN hanya akan dihayati oleh pemimpin sahaja tanpa dapat diterima, difahami, malahan tidak dipedulikan rakyat lagi dek kerana merasakan skrip dan ceritanya masih sama walaupun PM dan Barisan Kabinetnya mempunyai niat menterjemahkan kesan akhir yang sangat berbeza. Sayanglah jika demikian keadaannya, perkara yang baik tidak dapat dilaksanakan lantaran kegagalan meyakinkan rakyat betapa lainnya mereka (pemimpin) kali ini.


Tegasnya, kelainan sangat perlu. Cumanya ia tidak boleh hanya diniatkan atau diperkatakan tetapi harus ditunjukkan dan dikomunikasikan dengan betul agar rakyat akan dapat bergerak bersama menyokong kerajaan di dalam setiap usaha membangunkan negara.


RESPON TERHADAP RAKYAT


Perkara-perkara yang dituntut oleh keseluruhan rakyat tidaklah munasabah kiranya diminta dibuktikan dengan sekelip mata. Itu, tidak rasional namanya. Kerasionalan, penting bagi kita di dalam membuat penilaian terhadap prestasi pemerintah. Sebagaimana pembangkang memohon mereka dinilai seadilnya memandangkan mereka masih baru di dalam pemerintahan di beberapa buah negeri, begitulah juga kabinet kerajaan yang baru dibentuk ini juga perlu diberi penilaian yang adil dan wajar supaya, kita tidak terburu-buru menjatuhkan hukuman untuk menjatuhkan sesebuah kerajaan.


Apatah lagi, menjatuhkan hukuman dengan mengajak rakyat secara beramai-ramai keluar ke jalanraya, merusuh sebagaimana yang berlaku di Thailand (sebagaimana yang di war-war kan oleh salah seorang pemimpin tertinggi pembangkang baru-baru ini), ini boleh lah kita katakan sebagai lebih lagi tidak rasional sebagai seorang pemimpin yang merasakan mereka lama di dalam politik. Tidak usahlah unsur keharmonian dan keamanan bumi Malaysia ini disentuh dengan sedemikian rupa demi kepentingan politik peribadi. Ini sangat bahaya. Justeru, sekali lagi kerasionalan lah yang diperlukan.


LANGKAH AWAL


Sebagaimana yang saya nyatakan di awal tadi, rakyat hanya mahukan suara mereka di dengar, rintihan mereka diambil perhatian, dan bukannya mendabik dada di tampuk pemerintahan (ala-ala hitler) dengan harapan semua rakyat hanya tunduk memerhatikan tanpa mampu berbuat apa-apa. Hari ini, kita tidak boleh lagi beranggapan begitu, sekelian pemimpin sedar betapa rakyat tidak lagi begitu, malahan pemimpin sedar apa yang rakyat kita mampu lakukan. PRU ke 12 membuktikan segalanya.


Antara tiga langkah awal (menurut perhatian saya) yang telah dilakukan, kelihatan benar-benar menyentuh jiwa dan rakyat meyakini bahawa perubahan benar-benar ingin dilaksanakan:


Pertama; Di dalam ucapan penggulungan Dato Seri Najib setelah diangkat sebagai Presiden UMNO yang baru benar-benar mengujakan dengan menggariskan matlamat perubahan dan transformasi yang ingin dilakukan termasuklah pemilihan UMNO termasukah jawatan Presiden akan dilakukan oleh sekelian ahli tanpa memerlukan kuota dan perwakilan, bagi memastikan pemimpin yang dipilih benar-benar pemimpin yang dipersetujui dan direstui oleh peringkat akar umbi. Ini mana sangat menggemparkan dan menarik perhatian sekelian rakyat agar kembali kepada UMNO/BN supaya kembali bertenaga di dalam pemerintahan. Kembalinya Tun Dr Mahathir juga mula menyemarakkan kembali perjuangan UMNO/BN.


Kedua; Pembentukan kabinet baru. Pembentukan kabinet yang lebih kecil, memperlihatkan tindakan berasaskan kepekaan terhadap keadaan semasa di mana dengan pengecilan saiz ini, kos juga dapat dikurangkan dan yang paling penting, pemilihan pemimpin juga dinilai berasaskan penerimaan rakyat. Mukhriz dipilih manakala KJ tidak juga menunjukkan kepada semua begitulah kehendak rakyat. Sebab? Saya rasa... tidak perlu diulas lanjut kerana telahpun saya ulas dalam penulisan yang lalu ketika mengulas keputusan pemilihan UMNO (bulan Mac yang lalu).


Dan yang ketiga; demi mendengar suara rakyat dan demi memastikan pemimpin benar-benar bekerja, maka PM secara bijaksana memperkenalkan Konsep "Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan". Menarik, mudah difahami, jelas matlamatnya, cuma perlu dilaksana sebagaimana yang dihajatkan dan bukannya hanya mebiarkan ia tinggal konsep semata-mata. UMNO, MCA, MIC mahupun parti-parti komponen yang lain, baik di dalam kabinet mahupun tidak perlu sama-sama menggembleng usaha sejajar dengan konsep ini, dibuktikan dan dikomunikasikan (disampaikan) agar ini menjadi titik tolak perubahan sebenar berasaskan prinsip 'transformasi' yang dicitakan sejak peristiwa hitam PRU 12 tahun lalu. MIC dan MCA tidak boleh hanya berdiam diri membiarkan UMNO menanggung segalanya, semangat kesetiaan kaum lain yang sudah mula diragukan perlu dikembalikan agar MIC dan MCA juga boleh selesa bernaung di bawah kepimpinan UMNO selaku tunjang utama.



KESIMPULAN


Mudahnya, saya fikir, barisan kabinet yang baru sewajarnya tidak boleh berdiam diri, tetapi sebaliknya meneruskan usaha mengembalikan keyakinan rakyat, dan memperjuangkan kepentingan rakyat tanpa gagal, serta mempertingkatkan prestasi tanpa henti di dalam kepimpinan agar terus relevan dulu, kini dan selamanya. Baik UMNO, MCA mahupun MIC, betapa jalan cerita, watak, dan penterjemahan mereka perlu diubah demi kerelevanan pemerintahan jika tidak mereka tidak akan berjaya di dalam perjuangan ini. Kerana sesungguhnya, tidak cukup hanya sekadar mengubah PELAKON, jikalau jalan cerita masih sama, kebosanannya pula lebih teruk dari drama sebelum ini. Malahan, tidak keterlaluan saya katakan jika inilah yang berlaku....UMNO/BN usah mimpi untuk berjaya.



Lebih malang lagi...... Untuk seberjaya Upin & Ipin pun belum tentu....rasanya.


Begitulah adanya perkaitan UMNO & BN serta UPIN & IPIN!!



Sekian dan Wassalam


Ikhlas daripada
Syamsul Amri bin Hj Ismail
Presiden
Pertubuhan Alumni Debat Melayu Malaysia (ADAM)

Senarai Menteri Kabinet Baru 2009!

Berikut senarai lengkap barisan anggota kabinet di bawah kepimpinan baru Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak yang diumumkan pada 9 April 2009 di pejabatnya di Putrajaya. Ini dipaparkan buat rujukan dan perhatian sekelian pembaca dan pengikut setia Blog ini.



Perdana Menteri


Datuk Seri Najib Razak


Timbalan Perdana Menteri


Tan Sri Muhyiddin Yassin




Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Perpaduan & Pengurusan Prestasi)
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Perundangan dan Parlimen)
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Unit Perancang Ekonomi)
Mej Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom (Hal Ehwal Islam)


Timbalan-Timbalan Menteri
Datuk Liew Vui Keong
Datuk Dr Mashitah Ibrahim
Datuk SK Devamany
Ahmad Maslan
T Murugiah


Menteri Kewangan I
Datuk Seri Najib Razak


Menteri Kewangan II
Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
Datuk Chor Chee Heung (Timbalan)
Datuk Dr Awang Adek Hussin (Timbalan)


Menteri Pelajaran
Tan Sri Muhyiddin Yassin
Datuk Dr Wee Ka Siong (Timbalan)
Dr Mohd Puad Zarkashi (Timbalan)


Menteri Pengangkutan
Datuk Ong Tee Keat
Datuk Abdul Rahim Bakri (Timbalan)
Datuk Robert Lau Hoi Chew (Timbalan)


Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi
Tan Sri Bernard Dompok
Datuk Hamzah Zainudin (Timbalan)
Menteri Dalam Negeri
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Datuk Wira Abu Seman Yusop (Timbalan)
Jelaing Mersat (Timbalan)


Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan
Datuk Seri Dr Rais Yatim
Datuk Joseph Salang Gandum (Timbalan)
Senator Heng Seai Kie (Timbalan)


Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
Datuk Peter Chin Fah Kui
Noriah Kasnon (Timbalan)


Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Datuk Seri Shafie Apdal
Datuk Hassan Malek (Timbalan)
Datuk Joseph Entulu Belaun (Timbalan)


Menteri Pengajian Tinggi
Datuk Seri Mohd Khaled Nordin
Datuk Dr Hou Kok Chung (Timbalan)
Datuk Saifuddin Abdullah (Timbalan)


Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Datuk Mustapa Mohamed
Datuk Mukhriz Mahathir (Timbalan)
Datuk Jacob Dungau Sagan (Timbalan)


Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi
Datuk Dr Maximus Ongkili Fadillah Yusof (Timbalan)
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar
Datuk Douglas Uggah Embas
Tan Sri Joseph Kurup (Timbalan)


Menteri Pelancongan
Datuk Seri Dr Ng Yen Yen
Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib (Timbalan)


Menteri Pertanian dan Industri Asas Industri
Datuk Noh Omar
Datuk Johari Baharum (Timbalan)
Datuk Rohani Abdul Karim (Timbalan)


Menteri Pertahanan
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad (Timbalan)
Menteri Kerja Raya
Datuk Shaziman Abu Mansor
Datuk Yong Khoon Seng (Timbalan)


Menteri Kesihatan
Datuk Seri Liow Tiong Lai
Datuk Rosnah Rashid Shirlin (Timbalan)


Menteri Belia dan Sukan
Datuk Ahmad Shabery Cheek
Datuk Razali Ibrahim (Timbalan)
Wee Jeck Seng (Timbalan)


Menteri Sumber Manusia
Datuk Dr S Subramaniam
Datuk Maznah Mazlan (Timbalan)


Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal-ehwal Pengguna
Datuk Ismail Sabri Yaakob
Datuk Tan Lian Hoe (Timbalan)


Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Datuk Kong Cho Ha
Datuk Lajim Ukin (Timbalan)


Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Datuk Seri Sharizat Jalil
Datin Paduka Chew Mei Fun (Timbalan)


Menteri Luar
Datuk Anifah Aman
A Kohilan Pillay (Timbalan)
Datuk Lee Chee Leong (Timbalan)


Menteri Wilayah Persekutuan
Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Datuk M Saravanan (Timbalan)
Disediakan oleh : Editor Blog

Ahad, 19 April 2009

Tidak Wajar BN Mengaku Kalah - A. Kadir Jasin

WALAUPUN Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak, “tidak ketepikan apa juga kemungkinan,” termasuk memulaukan pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Penanti, Pulau Pinang, saya rasa adalah amat merugikan jika Barisan Nasional mengaku kalah sebelum bertarung.
Sekiranya BN memulaukan PRK itu atas apa jua alasan, ia adalah tindakan yang tidak demokratik, cetek fikiran dan merugikan pengundi.Sebagai sebuah pertubuhan yang mendakwa sedang melakukan penambahbaikan dan restorasi, Umno wajib meyakinkan parti-parti komponen BN yang lain bahawa BN wajib bertanding di DUN Penanti. Sikap menyerah kalah atau defeatist akan menyebabkan lebih ramai pengundi hilang keyakinan BN dan parti-parti komponennya.
Umno dan BN perlu mempamerkan tahap keyakinan dan semangat juang yang tinggi.BN mungkin tidak berjaya merampas semula kerusi itu daripada Parti Keadilan Rakyat tetapi ia masih mempunyai penyokong yang ramai yang pasti kecewa jika ia tidak bertanding.
Pada pilihan raya umum 2008, Mohammad Fairus Khairuddin (PKR) mendapat 7,346 undi manakala Abdul Jalil Abdul Majid (BN) memperoleh 5,127 undi memberikan kelebihan 2,219 undi kepada Mohammad Fairus.
Lagipun, kalau betul analisis yang mengatakan semakin ramai pengundi Melayu di Bukit Gantang dan Bukit Selambau kembali menyokong BN pada PRK baru-baru ini, adalah sangat tidak bijak bagi BN memulaukan PRK Penanti. Orang Melayu yang ingin kembali menyokong Umno dan BN kerana bertambah yakin dengan kepemimpinan Umno dan negara sekarang akan kecewa dan hilang semangat.
Memanglah Anwar Ibrahim akan menanti untuk mendera BN kerana Penanti adalah salah sebuah daripada tiga kerusi DUN dalam kawasan Parlimen beliau, Permatang Pauh.
Lagipun, Penanti adalah satu-satunya DUN yang dipegang oleh PKR. Dua yang lain iaitu Permatang Pasir dipegang oleh Pas dan Seberang Jaya oleh BN.
Bagi Ketua Umum PKR itu, Penanti wajib dipertahankan dengan apa cara jua kerana kontroversi di sekitar peletakan jawatan Mohammad Fairus cukup mengaibkan PKR.
Mohammad Fairus adalah salah seorang aktivis muda reformasi yang menjadi harapan Anwar. Dia begitu dipercayai sehingga pada usia yang sangat muda – 33 tahun -- dilantik menjadi Timbalan Ketua Menteri 1 dan diberikan portfolio agama.
Malangnya, dia menjadi sasaran dakwaan rasuah oleh penggiat PKR sendiri sehingga ditangkap dan disiasat oleh dan disiasat oleh Suruhanjaya Anti Rasuah Malaysia.
Dia meletakkan jawatan sebagai TKM1 dan Ahli Majlis Kerja Negeri (Exco) pada 21 Mac walaupun sebelum itu penafian demi penafian dibuat oleh kepemimpinan PKR dan kerajaan negeri pimpinan DAP.
Merumitkan lagi suasana bagi kepemimpinan PKR, khasnya Anwar, adalah kata dua Mohammad Fairus melalui sebuah akhbar Cina yang dia akan mendedahkan “skandal” PKR dan kerajaan negeri jika kepemimpinan parti tidak menolong membersihkan namanya.
Jadi tidak timbul langsung soal ketidakwajaran BN bertanding kerusi itu. Malah BN wajib bertanding. Soal wajar atau tidak PRK itu diadakan pun tidak timbul.
Asalkan peletakan jawatan Mohammad Fairus sah, PRK wajib diadakan kerana tempoh hidup DUN Pulau Pinang masih panjang.Lagipun, dengan krisis demi krisis yang melanda PKR dan wakil-wakil rakyatnya, adalah tidak mustahil bahawa lebih banyak kekosongan kerusi akan berlaku yang memaksa PRK diadakan.
Sebelum Mohammad Fairus, dua Adun PKR, Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang, Perak) dan Mohd Osman Jailu (Changkat Jering, Perak) berpaling tadah, seorang – V Arumugam, Bukit Selambau, Kedah -- meletakkan jawatan dan seorang lagi, Elizabeth Wong (Bukit Lanjan, Selangor) menghantar surat peletakan jawatan tetapi ditolak oleh Menteri Besar, Abdul Khalid Ibrahim.
Kalau BN menarik diri, yang menang adalah PKR dan yang kalah adalah rakyat jelata yang menyokong Umno dan BN.
(Dipetik dari penulisan dalam Blog A. Kadir Jasin)

Khamis, 16 April 2009

Kisah Orang Sombong - Oleh Wary

Hari ini ramai yang dah mula jadi sombong.

Kenapa agaknya?

Mungkin mereka dah berjaya atau mula dah rasa sedikit kejayaan?

Kadang-kadang penat aku dok tengok telatah mereka yang sombong ni. Mereka berpakaian macam orang biasa. Muka macam orang biasa. Nama pun biasa jugak.Tapi lagaknya, mak oii..kalah orang yang betul-betul kaya! Jadi kesian pun ada aku tengok. Macam tak pernah merasa ada duit lebih sikit kot...Dalam hati kadang-kadang aku tergelak sorang-sorang. Kesian pun ada jugak. Mereka ni 'POYO' kata bebudak indie dan bebudak punk yang selalu lepak-lepak kat KLCC. Istilah 'culture shock' jugak diberikan kepada manusia-manusia jenis ni.

Apakah simptom-simptom orang berjaya yang sombong:

1. Ketawanya yang berdekah-dekah dan nampak dibuat-buat.

2. Mata liar memandang ke arah orang lain ketika anda sedang bercakap dengannya.

3. Asyik menceritakan kelebihan diri dan mudah memperlihatkan kekurangan orang lain.

4. Mula merendah-rendahkan kejayaan orang lain, walaupun kejayaan orang lain tu sangat sedikit berbanding dirinya.

5. Lagaknya, hanya dia saja yang mencipta kejayaan hari tu.

6. Memandang rendah keupayaan dan kelebihan orang lain.

7. Memperlekehkan apa yang orang lain ada berbanding dirinya.

8. Hanya bergaul dengan sekelompok tertentu sahaja.

9. Kelihatan seperti seorang yang sukar didekati.

10. Tidak mahu merendah diri.

11. Tidak bersungguh-sungguh mendengar pendapat orang lain.

12. Tidak menunjukkan wajah yang manis dan mesra dengan orang lain-hanya pada kawan-kawan sendiri sahaja.

13. Sudah mula tidak sedar diri yang dirinya belum pun berjaya lagi, tapi lagaknya macam dia dah berjaya sangat dah.

14. Mula memilih dengan siapa yang dia mahu tegur dan dengan siapa yang dia tak mahu tegur.
Kalau kita mula menampakkan simptom-simptom ini, perlahankan percakapan anda. Istighfar banyak-banyak. Rendahkan diri. Bertenang. Jangan sampai orang meluat dengan kehadiran kita.
Alahai...
(Dipetik daripada Blog Saudara Nor Miswary Ramly - Bekas Pendebat Utama UiTM)

Konsep Gagasan "Satu Malaysia" - Oleh A. Kadir Jasin

KEKELIRUAN mengenai gagasan Satu Malaysia atau One Malaysia sepatutnya memberi pengajaran kepada Perdana Menteri baru, Mohd Najib Abdul Razak, bahawa pengurusan pengaliran maklumat adalah sangat penting.Jelas daripada kekeliruan ini bahawa beliau telah tidak merancang pengaliran maklumat atau perancangannya tidak cukup berkesan.
Sehinggalah 15 April apabila beliau menemui pengarang media massa arus perdana dan transkripnya disiarkan barulah muncul gambaran yang agak jelas mengenai konsep Satu Malaysia itu.Antara lain, Satu Malaysia, mengikut penjelasan Mohd Najib, seperti yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia membawa makna:
1. Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. One People. Dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita;
2. Ini bukan bererti kita mengenepikan dasar afirmatif, dasar untuk menolong kaum Bumiputera asalkan dasar itu dilaksanakan dengan cara yang adil dan memberi pertimbangan kepada golongan Bumiputera yang layak mendapat sesuatu pertimbangan daripada kerajaan; dan
3. Kita keluar daripada cara bertindak dalam tembok etnik yang kita amalkan sejak sekian lama.
Saya tidak bercadang mengulas lebih lanjut hal ini kerana saya kurang yakin yang saya memahami sepenuhnya gagasan ini atau setuju dengannya.
Memadailah buat sementara waktu kalau saya katakan bahawa tidak ada dasar, pendekatan, label atau slogan akan sah dan sempurna jika hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera lain seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia tidak dihormati.
Begitu jugalah jika hak dan kepentingan kaum-kaum lain diketepikan. Sebaliknya gagasan ini memperkukuhkan komitmen kepada semangat dan pengertian Perlembagaan.
Tetapi setinggi mana pun hasrat Kerajaan hendak berlaku adil dan nampak berlaku adil, hak kaum majoriti jangan sekali-kali dinafikan.
Kita boleh berfikir dan bertindak di luar kotak dan lingkungan perkauman, tetapi hakikatnya tidak ada kaum dan bangsa di Malaysia yang mahu atau boleh dipaksa mengenepikan hak dan kepentingan mereka.
Dalam erti kata yang mudah, Perlembagaan adalah agung – supreme.
Dasar Ekonomi Baru sebagai pemangkin kepada dasar afirmatif dengan jelas mengatakan bahawa Kerajaan komited membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum.
Ia juga komited menyusun semula masyarakat melalui pembahagian kekayaan dan peluang pekerjaan yang lebih saksama agar kaum-kaum di Malaysia tidak lagi dikaitkan dengan kegiatan ekonomi dan pekerjaan yang mereka ceburi.
Oleh kerana Bumiputera berupa penduduk majoriti dan paling ramai anggotanya yang miskin, maka sebarang dasar yang menjurus ke arah membasmi kemiskinan dan membahagikan kekayaan negara dengan lebih saksama wajib dirangka agar sampai kepada mereka.
Selebihnya, izinkan saya meringkaskan transkrip perbualan Perdana Menteri dengan pengarang media itu yang disiarkan oleh Utusan Malaysia.
“SAYA telah mempengerusikan mesyuarat Kabinet yang pertama pagi ini (15 April). Antara perkara yang saya telah tekankan pada mesyuarat pagi ini, supaya barisan Jemaah Menteri yang baru dapat memenuhi harapan rakyat yang begitu tinggi, di mana Jemaah Menteri perlu menepati apa yang diharapkan rakyat.
Saya menggariskan empat perkara. Integriti, kebolehan, kesetiaan dan kesungguhan. Kabinet perlu berteraskan kepada Kabinet yang dekat di hati rakyat, mesra rakyat, sanggup turun padang menyingsing lengan dan melakukan perkara yang boleh mengukuhkan lagi kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap kerajaan.
Saya telah nyatakan dalam persekitaran politik hari ini, rakyat semakin kritikal. Oleh itu, kita tak boleh anggap ini sebagai perkara biasa tetapi mesti mempamerkan barisan kepimpinan yang sanggup melakukan perubahan dan pembaharuan.
Sehubungan ini, saya telah menyatakan betapa pentingnya Jemaah Menteri untuk berurusan dengan semua lapisan masyarakat. Kita tak boleh anggap kerajaan tahu segalanya. Kita perlu membuka pintu kepada dialog dan perbincangan dengan pelbagai kumpulan supaya keputusan yang dibuat kerajaan nanti merupakan keputusan yang benar-benar bersandarkan kepada kehendak rakyat.
Saya juga ingatkan ahli Kabinet supaya tidak dianggap sebagai kerajaan yang memihak kepada mana-mana kumpulan istimewa khusus (special interest group) atau mana-mana badan korporat.
Walaupun amat penting untuk melaksanakan dasar-dasar yang mesra kepada sektor swasta tetapi kesudahannya kita mesti ambil apa-apa keputusan bersandarkan kepentingan rakyat pada keseluruhan.
Saya juga telah menyebut tentang pencapaian yang diharapkan oleh rakyat bahawasanya rakyat tidak mahu mendengar sesuatu yang kita janjikan atau sesuatu diumumkan. Rakyat mengharapkan pelaksanaan secepat mungkin.
Oleh itu, pendekatan KPI akan dilaksanakan di mana pihak Khazanah telah ditetapkan sebagai badan untuk membantu kerajaan menggubal KPI dalam tempoh sebulan. Saya telah berjumpa Ketua Eksekutifnya, Tan Sri Azman Mokhtar untuk menempatkan bilangan tenaga yang mencukupi untuk melaksanakan penggubalan KPI ini dalam tempoh tersebut.
Semua menteri akan dinilai prestasi masing-masing dalam tempoh enam bulan. Saya telah tetapkan pada bulan November nanti kita akan lakukan proses penilaian atas prestasi dan pencapaian setiap menteri dan kementerian.Dengan adanya sistem KPI ini, saya percaya prestasi kerajaan, pencapaian kerajaan, insya-Allah akan bertambah baik dan berkesan lagi.
Saya juga mengingatkan, bahawa rakyat hari ini mengharapkan pendekatan yang berbeza. Dan kita tidak perlu kepada pendekatan yang terlalu mementingkan luaran (ritual) ataupun kedudukan kita sebagai anggota pentadbiran. Tetapi kita mesti sensitif dengan pandangan rakyat dalam apa juga yang kita lakukan.
Saya bagi contoh, kalau kita hendak promosi pelancongan misalnya Pulau Langkawi. Apabila kita buat papan iklan, tak payahlah kita letakkan gambar Perdana Menteri dan menteri berkenaan sebagai sebahagian daripada kandungan papan iklan tersebut.
Dan kalau ada hari-hari tertentu kita buat sepanduk, banting dan sebagainya, tak payahlah gambar menteri atau Perdana Menteri ditonjolkan.
Kita nak tunjukkan yang kita tak penting kepada perkara seperti ini. Yang penting ialah untuk menunjukkan bahawa kita sebuah kerajaan mesra rakyat dan pentingkan kepentingan rakyat lebih daripada kedudukan dan jawatan yang ada pada kita.
Saya sudah buat keputusan dan JPM akan keluarkan kenyataan. Tidak ada masalah apabila sesuatu kementerian dibubarkan. Misalnya Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD). Ini kerana agensinya tetap tidak dibubarkan. Ia ditempatkan di bawah kementerian lain yang akan melaksanakan tugas seperti biasa.
Seperti Majlis Amanah Rakyat (Mara), kita kembalikan agensi itu kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Pada masa dulu, agensi itu di kementerian tersebut juga. Ketika zaman Tun Ghafar Baba, Mara di bawah kementerian berkenaan.
Dan, Menteri Luar Bandar sekarang adalah seorang Naib Presiden UMNO (Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal). Takkan dia tak boleh kita harap, untuk laksanakan program Mara umpamanya. Jadi, saya tak nampak polemik tentang pemansuhan kementerian ini sebagai sesuatu yang patut dijadikan isu. Ini sebenarnya usaha kita untuk mewujudkan kerajaan yang lebih kecil dan efisien.
"Saya komited kepada rakyat untuk bawa pembaharuan dan saya serius untuk bawa perubahan.”
(Dipetik daripada Blog A. Kadir Jasin)

The New Cabinet Line-Up - Oleh Tun Dr Mahathir


1. I would like to congratulate the new Ministers and Deputy Ministers chosen by Dato Seri Najib.

2. The exclusion of Khairy Jamaluddin, UMNO Youth head who was found guilty of corruption by the UMNO disciplinary committee but allowed to contest for head of UMNO Youth seem to indicate a desire on the part of the new Prime Minister to rid UMNO of the blatantly corrupt politician.

3. Unfortunately the inclusion of several unsavoury characters who had been accused of being corrupt while in the previous Government, seem to negate this desire.

4. The Government must know that it has less than three years to regain the support of the people. A good opportunity for doing this by meticulously excluding dubious characters has been partially overlooked.

5. Ministers and Deputy Ministers are required to declare their assets during my time. So are the Menteris Besar and Chief Ministers.

6. But the declarations did not reveal much. Some Ministers were queried by the then Anti-Corruption Agency but no charges could be made.

7. Still talks about corrupt Menteris Besar and Chief Ministers in particular were frequently heard. No one was prepared to come forward to give evidence.

8. In the end I had to simply drop the MBs whom I heard were corrupt. No charges were made against them as they would not stand up in a court of law.

9. What matters is that the level of corruption among Ministers and civil servants was never high before and did not hamper the implementation of Government projects and did not result in abuses of Ministerial power.

10. I don't believe that corruption can be totally eradicated. But it can be minimised. From the complaints I hear today, corruption especially in the Government party has reached record levels during the tenure of the last PM. Certainly everyone is aware as never before of the corruption of the candidates for the UMNO Supreme Council. The results of the enquiry by the Disciplinary Committee are hardly satisfactory. But a committee member has said that the enquiries would go on.

11. I hope there will be no cover-up whether by the UMNO Disciplinary Committee or by the Malaysian Anti-Corruption Commission even if the corruption involves big names in the Government.

(Dipetik daripada Blog chedet.co.cc)

Khamis, 9 April 2009

Apa Yang Sepatutnya Berlaku Selepas Pilihanraya di Bukit Gantang?


Assalamualaikum semua....

Pilihanraya baru-baru ini selesai sudah kita mengikuti perkembangan pilihanraya umum di tiga kawasan iaitu; Parlimen Bukit Gantang, DUN Bukit Selambau dan DUN Batang Air. Di antara ketiga-tiga kawasan ini, Bukit Gantang paling menarik perhatian. Dengan isu tempatan berkaitan 2 Kerajaan Negeri di Perak, persidangan DUN di bawah pokok, isu penghinaan terhadap Raja-Raja Melayu pastinya menghangatkan lagi keadaan. Maka, tidak hairanlah, saya tidak berfikir panjang untuk terus ke Bukit Gantang bagi meninjau perkembangan di sana bagi mengukur sejauh mana kehangatan suasana pilihanraya di sana. Dan akhirnya Pakatan Pembangkang mengekalkan penguasaan di Bukit Gantang dan Bukit Selambau, manakala Barisan Nasional terus mempertahankan kemenangan di DUN Batang Air.

Saya berkampung di Bukit Gantang ke sana mulai 29 Mac 2009 sehingga ke 4 April 2009 bagi mendekati suasana pilihanraya di sana.

Ada beberapa fakta atau butiran menarik mengenai pilihan raya kecil P59 Bukit Gantang, Perak untuk dikongsi dan dijadikan panduan bagi menyatakan dengan jelas sebab musabab mengapa PAS berjaya mengekalkan kerusi yang dimenanginya pada PRU 12 yang lalu. Pandangan saya ini mungkin tidak sama dengan pandangan yang lain, tetapi inilah dia penelitian saya dan mungkin boleh direnungkan oleh semua. Ketika di sana, saya tidak memilih untuk menginap di hotel tetapi sebaliknya saya tinggal di kediaman bapa saudara saya di Bagan Serai, Perak. Dari sana saya menjelajah setiap hari ke kawasan-kawasan peti undi bagi meninjau perkembangan.

Apa yang berjaya saya himpunkan yang dijadikan rumusan ini adalah hasil pengamatan sendiri sendiri kepada seluruh suasana dan senario yang berlaku di Bukit Gantang di sepanjang saya berada di sana tanpa dipengaruhi mana-mana analisa.

Pengamatan dan ulasan ini tidak termasuk pada 4 April hingga 7 April kerana pada 4 April 2009 saya telah pun berangkat pulang kerana terdapat beberapa urusan yang tidak dapat dielakkan. Namun, semasa saya meninggalkan Bukit Gantang pada 4 April 2009, saya sememangnya telah menduga kemenangan Nizar pada 7 April 2009, cumanya saya tidak menyangka beliau hanya menang dengan majoriti 2,789 undi sahaja.

Pada saya momentum yang ada kini tidak banyak berubah daripada tiga hari selepas hari penamaan calon lalu, 29 Mac lalu kecualilah ada kejutan yang sengaja dibuat atau dilakukan yang mana senario dan mood yang ada kini boleh merubah sama sekali menyebabkan ada pihak yang akan terkejut beruk!

Apa yang pasti saya pada awalnya kehairanan kerana di sepanjang perjalanan saya pada 29 Mac (Ahad) di lebuhraya mulai dari Rawang hingga ke susur masuk ke Taiping-Kamunting, kelihatan kereta sangat banyak menuju pulang ke Kuala Lumpur. Saya puas memikirkan apakah sebabnya, kerana pada waktu ini bukanlah waktu baru tamat cuti persekolahan. Akhirnya apabila saya tiba di Changkat Jering, barulah saya tahu, bahawa kereta yang banyak tadi merupakan ribuan penyokong luar yang datang untuk memberikan sokongan moral ketika sesi penamaan calon dijalankan. Menunjukkan kepada kita komitmen yang ditunjukkan oleh penyokong (walaupun bukan pengundi) terhadap parti mereka. Dan suka sekali saya menegaskan, bahawasanya secara majoriti penyokong luar yang komited memberikan sokongan ini yang pulang semula menuju ke Kuala Lumpur ini datangnya daripada penyokong Parti Pembangkang dan bukannya Barisan Nasional. Kesungguhan penyokong parti lawan ini bukanlah tandingan Barisan Nasional, malahan ramai penyokong mereka yang datang tanpa apa-apa pengharapan selain untuk menang dan lebih penting lagi mereka hadir dengan perbelanjaan sendiri.


Gambaran Semangat dan Poster serta Bahan Kempen.

Kedudukan atau gambaran mengenai semangat, poster dan bahan kempen hampir sama saja. Kedua parti Barisan Nasional dan PAS sama-sama kreatif dan mempunyai idea pelbagai dalam menyampaikan mesej untuk menawan pengundi. Seperti biasa dari segi kekreatifan dan kerajinan terserlah kepada Pas. Ini secara tidak langsung menggambarkan penghasilan dan sokongan itu melibatkan semua peringkat. Begitu juga dari segi komited para petugas, petugas Pakatan Rakyat ternyata mempunyai semangat dan komitmen tinggi untuk menang berbanding petugas Barisan Nasional.
Dari segi jumlah, perang poster, bill board, surat layang yang disebarkan dan sebagainya hampir sama saja. Dalam konteks ini Barisan Nasional agak agresif dan berani menyebarkan surat-surat layang atau flyers yang menghina individu tertentu dalam Pakatan Rakyat.

Satu perkara yang saya tidak terlupa untuk dikongsikan bersama, adalah bagaimana pada suatu malam ketika saya melalui kawasan Trong (salah satu kawasan peti undi) terdapat beberapa bilik gerakan PAS yang dikawal selia oleh bukan Melayu (Cina dan India). Inilah trend baru yang turut perlu diambil perhatian oleh semua pimpinan tertinggi Barisan Nasional.


Komitmen & Bantuan Daripada Luar

PAS mendapat bantuan luar yang komited dan bersungguh berbanding Barisan Nasional. Rumah-rumah disewa khas untuk menempatkan Pas dari negeri-negeri terutamanya Kelantan dan Terengganu. Setiap kawasan Pas di dua negeri itu ada mempunyai pos dan ada kawasan masing-masing yang dijagai. Ini bermakna petugas Pas berkubu di kawasan masing-masing mengawal apa saja kegiatan yang bakal dilakukan Barisan Nasional. Kawalan ini menyebabkan Barisan Nasional tidak boleh bergerak secara sewenang-wenangnya untuk mendekati pengundi. Maka tidak hairanlah jika kita mendengar kerapkali kekecohan berlaku apabila petugas-petugas Barisan Nasional cuba untuk menghampiran kawasan yang telah mereka jadikan sebagai 'kubu'. Mereka tidak langsung membenarkan seincipun maklumat luar terutama daripada BN, malah mereka menyajikan ceramahceramah yang diadakan secara langsung mahupun secara siaran skrin layar daripada pemidato-pemidato utama Pakatan Rakyat terutamanya Saudara Anwar yang mempesonakan dan terkenal mampu mempengaruhi pendengar melalui pengucapannya.


Layanan & Kemesraan Petugas

Petugas Pakatan Rakyat lebih mesra dan dekat dengan rakyat. Mereka pagi-pagi lagi sudah menemui rakyat di surau, masjid, pasar dan kedai-kedai kopi. Dalam empat buah kedai kopi di Changkat Ibol, Simpang Tiga Changkat Jering, Air Kuning, dan banyak lagi kawasan yang saya lalui tidak ada petugas Barisan Nasional yang minum bersama orang ramai pagi manakala para pertugas PAS bertaburan bercampur dengan penduduk tempatan.
Petugas Barisan Nasional diberitakan lebih seronok berada di luar kawasan Ipoh, atau Alor Star menginap di hotel-hotel mewah.

Sepanjang seharian hanya sekumpulan Puteri seramai empat orang (masih mentah) ditemui untuk berkempen untuk calon Barisan Nasional. Cara pendekatan mereka berkempen dan berinteraksi tidak mempunyai daya penarik (selain daripada mempertaruhkan wajah, make-up dan keremajaan) kerana rata-rata Puteri itu adalah gadis belasan atau awal 20an yang kurang daya intelektual dan diplomasi politik.


Sambutan & Kehadiran Di Dalam Majlis Ceramah

Kehadiran di mana-mana ceramah berpihak kepada PAS. Setiap hari, tidak kurang 70 ceramah yang telah dilangsungkan oleh kedua-dua parti PAS dan Barisan Nasional. Nisbahnya boleh diletakkan 6 Pas dan 4 Barisan Nasional. Bagaimana pun ada beberapa kawasan yang tidak dapat dimasuki langsung oleh PAS, khasnya di DUN Trong. Namun taktik menyusup petugas dilakukan untuk memasuki ke kawasan ini. Sebagai contoh keparahan di kawasan ini ceramah oleh pemimpin tertinggi Pas dihadiri tidak sampai 50 penduduk tempatan.


Sikap Pengundi Lama (Veteran)

Pengundi Veteran berusia 60 tahun ke atas masih berpihak kepada Barisan Nasional. Mereka masih bernostalgia dan sangat menghormati ada istiadat Melayu di mana mereka sukar untuk menerima pembaharuan dicanangkan oleh Pakatan. Nisbah pengundi tua ini bolehlah dikatakan 6 Barisan Nasional 4 Pakatan Rakyat/Pas.

Pengundi muda pula dilihat lebih berpihak kepada PAS. Situasi ini jelas dilihat mereka yang menyertai jentera pilihan raya. Mereka juga dikira bersedia mengubah haluan dengan memperolehi maklumat yang luas dan bebas dan tidak terikat kepada kepada bahan kempen dan alat propaganda konservatif.


Pengundi Berbangsa Cina dan India

Secara umum pengundi Cina berpihak kepada Pakatan Rakyat dengan nisbah 65 PAS dan 35 Barisan Nasional. Apakah nisabah ini kekal ataupun akan berubah. Pengundi Cina sudah dikenal pasti sebagai boleh berubah mengikut selera semasa. Biasanya orang Cina tidak akan bertindak merugikan diri mereka dan lebih memikirkan soal keselesaan dan keuntungan daripada berfalsafah panjang berjela dan mengusutkan pemikiran. Pengundi India pula saya letakkan nisbah 5 : 5.


Bahan atau Topik Yang Menjadi Isu

Barisan Nasional menjual isu Mohamad Nizar Jamaluddin derhaka kepada Sultan, calon PAS bukan anak tempatan, PAS (Melayu) jadi boneka DAP serta isu pemberian 19 geran tanah 999 tahun kepada bukan Melayu.

Di pihak PAS pula menjadikan kerakusan Barisan Nasional rampas kerajaan Pakatan Rakyat, peralihan kepimpinan yang tidak memberi kesan, UMNO rasuah (terutamanya keputusan lembaga tatatertib UMNO di dalam pemilihan UMNO baru-baru ini) dan isu-isu tuduhan jenayah kepada Perdana Menteri baru sebagai isu utamanya. Manakala isu peribadi mengenai calon BN, Ismail Saffian, seorang yang tidak mesra rakyat juga dijual secara senyap.

Ternyata PAS tidak mempunyai isu yang menarik untuk dikemukakan kepada rakyat melainkan janji untuk meneruskan kerajaan berkebajikan sekiranya memerintah semula.
Bagaimana pun insiden rampasan kuasa di Perak sedikit sebanyak memberi simpati kepada calon PAS. Kehadiran tokoh-tokoh besar PAS dan PKR tidak begitu mengujakan kerana tidak ada isu-isu baru yang praktikal pada fikiran rakyat pertengahan yang disampaikan oleh mereka melainkan retorik falsafah agama semata-mata. Yang nyata mereka hanya membawa isu-isu duluan lama, sedikit sebanyak, mula menimbulkan reaksi bosan terhadap perjuangan mereka yang bersifat retorik semata-mata. Barisan Nasional yang berhasrat memenangi semula hati orang Melayu kelihatan hampir berjaya kerana ramai orang Melayu sudah mula beralih perhatian terhadap kepimpinan baru negara. Namun, meskipun berjaya menarik semula sebahagian undi orang Melayu namun undian pengundi Cina yang mantap (solid) terhadap PAS menyumbang kemenangan mereka.

PAS sebenarnya tidak menang apa-apa, mereka sekadar mempertahankan apa yang mereka ada sebelum ini, namun yakin dan percayalah jikalau ada di kalangan mereka menyatakan bahawa pengaruh Najib tidak berjaya dan unsur Mahathir yang kembali ke pangkuan UMNO dan turun pada 6 April lalu di Bukit Gantang untuk berkempen tempohari tidak berjaya, maka saya menyangkal sekeras-kerasnya kerana ingatlah bahawasanya pengaruh mereka baru bermula. Jika dilihat keputusan di Permatang Pauh yang dimenangi saudara Anwar, maka sewajarnya Nizar pun dijangka akan menang dengan majoriti yang besar. Tetapi ini tidak berlaku. Ini tandanya kehadiran Najib dan kembalinya Tun Dr Mahathir sudah mula dirasai...
Saudara Ismail Saffian yang tewas tidak perlu bersedih, beliau merupakan 'orang baru' namun saingan yang diberikan bukan sedikit terhadap Nizar yang nyata mempunyai kelebihan dan penanaman modal selaku bekas orang nombor satu di Perak. Tidak dapat dinafikan bahawa Nizar berjaya meningkatkan majoriti berbanding sebelum ini, tetapi perlu diingat bahawa ia disumbangkan oleh peningkatan peratusan keluar mengundi iaitu kira-kira 75% berbanding 72% di dalam PRU ke 12.

Yakin dan percayalah, dengan kehadiran Tun Dr Mahathir selaku tulang belakang dan pendokong UMNO pasti akan memperkasakan semula UMNO. Najib juga pasti tidak akan berdiam diri bagi memastikan UMNO terus bertahan.


Kesimpulan

Apa yang telah berlaku tidak lagi perlu menjadi sandaran. Ayat "kita akan membuat kajian tentang punca kekalahan" ini sudah tidak diperlukan lagi. Tidak perlu lagi kita menganjak masa dengan retorik kajian yang tidak membawa apa-apa. Bukanlah maksud saya menyatakan sebab itu tidak penting, namun sebab itu sememangnya telah diketahui umum, iaitu:

Pertama : Pengundi muda lebih cenderung kepada perjuangan pembangkang,
Kedua : Pengundi Cina sudah tidak setia lagi kepada Barisan Nasional yang diterajui UMNO,
Ketiga : Perubahan yang dijanjikan sejak kian lama masih belum kelihatan lagi (sebelum wujudnya istilah "Transformasi UMNO")

Maka, kesimpulan mudahnya, bukanlah apa yang telah berlaku? tetapi apa yang sepatutnya berlaku selepas ini? Selepas ini apa yang sepatutnya berlaku adalah;

Jika benarlah golongan muda tidak berminat dengan UMNO, maka Pemuda UMNO dan Puteri UMNO perlulah bersegera di dalam menunaikan janji mereka untuk membawa pulang golongan muda ke dalam UMNO. Jika benarlah pengundi Cina tidak setia lagi, maka carilah jawapan segera untuk menyelesaikan punca ketidaksetiaan mereka dan ajarilah kesemua mereka tentang konsep bernegara di Malaysia, dan janganlah disebabkan tanah 999 tahun yang mereka tuntut kini, mereka lupa siapakah sebenarnya "Tuan" di negara ini, malahan Tuan sendiri telah terlalu banyak memberikan keistimewaan terhadap mereka. Dan jikalau benarlah transformasi yang dijanjikan maka, terjemahkanlah segera dalam bentuk tindakan dan jangan dibiarkan ia terus menjadi irama dan lagu pembangkang di dalam ceramah mereka lantas mereka akan terus bergaya di dalam setiap saingan pilihanraya, dan dibimbangi Pilihanraya Umum Ke - 13, titik penamat buat UMNO dan sekelian saf Barisan Nasional!!

Itupun jikalau suara saya didengari..........




Oleh
Syamsul Amri Bin Hj Ismail
Presiden Pertubuhan Alumni Debat Melayu Malaysia (ADAM)

Rabu, 8 April 2009

Mengapa Saya Kembali Kepada UMNO - Tun Dr M

MENGAPA TUN DR MAHATHIR KEMBALI KEPADA UMNO ?

1. Ramai yang mengalu-alukan penyertaan saya semula dalam UMNO. Tetapi ramai juga yang mengkritik saya kenapa saya menyertai sebuah parti yang saya sendiri menuduh sebagai pengamal rasuah dan pemimpinnya menjadi pemimpin kerana menyogok wang kepada pengundi.

2. Yang pertamanya di waktu saya keluar UMNO pada Mei 2008 saya telah nyatakan saya hanya akan kembali menyertai UMNO apabila Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak lagi jadi Perdana Menteri.

3. Sekarang Tun Abdullah tidak lagi Presiden UMNO atau Perdana Menteri Malaysia dan syarat saya sudah dipenuhi. Justeru itu saya perlu tunaikan janji saya.

4. Ini tidak bermakna saya terima amalan rasuah dalam UMNO. Rasuah mesti dihapuskan. Saya berpendapat Dato Seri Najib Tun Razak lebih mungkin berusaha menghapuskan rasuah daripada Abdullah. Saya percaya dia tidak akan pilih perasuah yang terkenal dan diketahui umum seperti Khairy dan beberapa lagi sebagai Menteri atau anggota Kerajaan.

5. Walaupun saya sekarang adalah ahli UMNO, ia tidak bermakna saya tidak akan kritik UMNO atau Kerajaan Barisan Nasional jika ada apa-apa kesalahan yang dilakukan. Selepas saya berhenti daripada menjadi Perdana Menteri tetapi masih menjadi ahli UMNO saya telah kritik UMNO dan Abdullah apabila perbuatan yang salah dilakukan oleh Kerajaan.

6. Saya juga telah kritik Najib. Tetapi saya sedar yang dia bekerja di bawah Abdullah dan tidak sanggup bersikap bebas. Sekarang dia tidak lagi terdedah kepada tekanan oleh Abdullah dan sudah pun bebas. Oleh itu kemungkinan dia menolak amalan buruk yang menjahanamkan UMNO dan BN yang dilakukan oleh Abdullah memang ada.

7. Perkara yang baik telah ditunjuk oleh Najib apabila dia secara terbuka menunjuk dia tidak bermusuh dengan saya seperti yang dikehendaki oleh Abdullah bagi semua Menterinya.

8. Dalam ucapannya menutup mesyuarat agung UMNO Najib telah menjelaskan bahawa selain parti, rakyat juga harus menguasai Kerajaan. Tidak seperti ramai pemimpin UMNO sekarang, dan ketua mereka dahulu yang berpendapat Kerajaan adalah milik UMNO sahaja dan mereka sahaja yang harus dapat "keuntungan" daripadanya. Najib nampaknya berpendapat rakyat juga punyai saham dalam Kerajaan. Justeru itu rakyat tidak boleh diketepikan oleh Kerajaan yang diketuai oleh UMNO.

9. Rakyat tidak dapat menyertai mesyuarat agung UMNO tetapi mereka akan dapat menunjuk pendirian mereka apabila pilihanraya diadakan.

10. Jika Najib hanya layan UMNO, kemungkinan besar UMNO akan dikalahkan dalam Pilihanraya Umum ke-13.

11. Jika Kerajaan pimpinan UMNO dianggotai ahli dan pemimpin UMNO yang perasuah, rakyat dan juga sebahagian daripada ahli UMNO yang kecewa akan tentukan BN dan UMNO akan kalah juga.

12. Pada hari kedua Najib jadi Perdana Menteri dia telah pergi berjalan-jalan untuk berjumpa rakyat berbilang kaum. Ini juga meyakinkan saya yang dianya lebih prihatin terhadap masalah rakyat.

13. Oleh kerana sebab-sebab ini saya berpendapat Najib akan cuba bersihkan parti dan Kerajaan daripada rasuah dan perasuah. Tanda-tanda ini akan diperlihat apabila beliau menubuh Kabinetnya pada 8 April, iaitu esok. Walaupun Abdullah tidak lagi memimpin UMNO, jika ternampak kuasanya keatas UMNO masih ada, saya akan anggap syarat saya tidak dipenuhi.

- Dipetik daripada chedet.co.cc -

Selasa, 7 April 2009

Laporan Keputusan Pilihanraya Bukit Gantang & Bukit Selambau


9.20pm Maklumat rasmi. PAS memenangi kerusi Parlimen Bukit Gantang dengan majoriti 2,789 undi. Calonnya, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin mendapati 21,860 undi manakala calon BN, Ismail Saffian mendapat 19,071 undi. Calon bebas mendapat 62 undi dan hilang wang deposit.


Ini bermakna PAS mengekalkan kerusi tersebut dengan tambahan majoriti, berbanding 1,566 undi pada 2008. Kejayaan PAS itu disambut oleh para penyokongnya dengan membakar bunga api di kawasan padang di situ. Di DUN Bukit selambau, calon PKR, S Manikumar secara tidak rasmi menang dengan majoriti 2,375 undi. Beliau mendapat 12,607 undi, manakala calon BN, Datuk S Ganesan memperolehi 10,232 undi.

8.52pm Tidak rasmi. PKR menang di Bukit Selambau, majoriti lebih kurang sama dengan yang dicapai oleh V Arumugam.


8.20pm Maklumat rasmi. PAS hampir mencapai kemenangan apabila mendahului di Bukit Gantang dengan majoriti 3,022.PAS mendapat 18,881 dan BN memperolehi 15,859 undi.Sebanyak 96 kotak undi telah dikira, kini tinggal 16 kotak lagi. PKR juga mendahului di Bukit Selambau.


8.17pm Maklumat rasmi. PAS mendahului BN di Bukit Gantang dengan 2,691 undi. PAS 15,770 undi, BN 13,079 dan bebas 42 undi.Setakat ini 81 kotak undi sudah dikira, tinggal lagi 31 kotak undi.


8.04pm Tidak rasmi PKR masih mendahului BN di Bukit Selambau dengan lebih 1,200 undi.Ia kalah kepada BN di lima daerah mengundi, termasuk: Kampung Pokok Machang sebanyak 30 undi, Kampung Sungkap (150 undi) dan Taman Desa Aman (24).7.56pm BN menang di Batang Ai dengan majoriti besar - 1,854 undi.BN mendapat majoriti 806 undi dalam pilihanraya negeri Sarawak tiga tahun lepas.

7.36pm Tidak rasmi PKR mendahului BN di Bukit Selambau dengan lebih 1,000 undi. Parti itu tewas di tangan BN di dua daerah mengundi, Bukit Lembu dan Kuala Sin.

7.32pm Tidak rasmi PAS mendahului BN di Bukit Gantang dengan 2,380 undi. PAS 13,571 undi, BN 11,191 dan bebas 31 undi.

7.26pm Sumber rasmi SPR: BN mendahului PAS di Bukit Gantang dengan 799 undi. BN 2,048 undi, PAS 1,249 dan bebas 4 undi.7.22pm Tidak rasmi PAS mendahului BN di Bukit Gantang dengan 2,377 undi.

7.12pm Tidak rasmi PKR mendahului BN di Bukit Selambau dengan lebih 900 undi.7.00pm Tidak rasmi PAS mendahului BN di Bukit Gantang dengan 1,776 undi.

6.44pm PAS mendahului BN di Bukit Gantang dengan 1,768 undi.

6.34pm Menurut satu sumber MIC, persaingan "sangat, sangat, sangat sengit" antara calon BN Datuk S Ganesan dengan calon PKR S Manikumar di DUN Bukit Selambau.

6.30pm Penyokong BN dan PAS mula berkumpul depan Majlis Perbandaran Taiping untuk mendengar secara langsung pengumuman keputusan kerusi Bukit Gantang.Maklumat SPR: Peratus keluar mengundi di Bukit Gantang 75.1 peratus, Bukit Selambau (70.28) dan Batang Ai (71.2).

6.23pm Tidak rasmi. BN menang di Batang Ai dengan majoriti lebih besar. BN mendapat majoriti 806 undi dalam pilihanraya negeri Sarawak pada 2006.

untuk rekod,


BUKIT GANTANG(Perak Parliament seat)
55,562 voters
Malay – 63.5%, Chinese 27.1%,Indians 9.1%, Others 0.2%

Mohd Nizar Jamaluddin (PAS)
Ismail Saffian (Umno)
Kamarul Ramizu Idris (Independent)

2008 Elections

Roslan Shaharum (PAS)– 20,015
Azim Zabidi (Umno) – 18,449
M Morgan (Independent) - 872

BUKIT SELAMBAU(Kedah state seat)

35,140 voters
Malay – 50.2%, Chinese 19.3%Indian 29.5%, Others 1%

S Manikumar (PKR)
S Ganesan (MIC)
Independents
-R Loganathan
-Tan Hock Huat
-Mohd Radhi Mat Lazim
-Mohd Fadzli Wahab
-Abdul Rahim Abu
-L Sarala
-A Jayagopal
-S Moganakumar
-Khamis Awang
-Husaini Yaacob
-Venason Michael
-Mejar (B) Anuar Abdul Hamid
-T Chandrarajan
2008 Elections
V Amurugan (Ind*) - 13,225
S Krishnan (MIC) - 10,863* joined PKR after the elections

BATANG AI(Sarawak state seat)

8,006 Voters
Iban 95%, Malay 1.25%, Chinese 3.75%

Malcolm Mussen Lamoh (PRS)
Jawah Gerang (PKR)2006
State election
Dublin Unting (PRS) -3 ,295
Nicholas Bawin (Snap) - 2,489
- Editor -