Ahad, 13 Mac 2011

Ceramah Roadshow Selamatkan Selangor!!!

Pada 12 Mac 2011 yang lalu, sekali lagi saya dipanggil untuk terlibat di dalam ceramah penerangan isu-isu semasa, kali ini saya dipanggil untuk membantu siri Roadshow jelajah selangor di bawah program Selamatkan Serlangor Darul Ehsan (SSDE).
.
Salah seorang orang kuat yang bertanggungjawab di dalam program ini ialah Sdr Hamizum daripada Gerakan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS).
.
Kebetulan ketika berceramah di Merlimau tempohari beliau dipasangkan bersama saya ketika berceramah di peti undi Ayer Merbau di Merlimau, dari perkenalan itu membawa kepada jemputan ceramah SSDE ini.
.
Saya tidak perlu berfikir lama bagi menyertai ceramah ini, lantaran ia sesuatu yang baru buat saya yang pastinya tidak pernah dilaksanakan oleh negeri-negeri lain.
.
Saya kira usaha seperti SSDE ini perlu dilakukan juga di negeri-negeri lain tidak kiralah negeri itu di bawah pemerintahan BN atau Pembangkang, kerana usaha penerangan ini perlu agar mesej yang ingin disampaikan dapat terus meresap ke dalam jiwa, sanubari dan hati peringkat akar umbi.
.
Program ceramah berlangsung di Perkarangan Tabika KEMAS, Kg. Teluk Nipah, Pulau Indah, Pelabuhan Klang.
.
Di dalam program yang dianjurkan pada 12 Mac 2011 ini, saya berasa amat bertuah kerana digandingkan bersama Sdri Ummi Hafilda Ali iaitu adik kepada Azmin Ali. Sesudah selesai saya berceramah, Sdri Ummi pula mengambil giliran berceramah, apa yang menarik ceramah beliau turut disertakan dengan bukti bergambar dan bercetak bagi mengesahkan apa yang diperkatakan.
.
Satu demi satu rahsia dibongkarkan yang saya kira mampu membuka mata penyokong fanatik Anwar di dalam Pakatan Rakyat.
.
Ceramah kami pada malam itu bermula pada jam 9.00 malam dan berakhir kira-kira jam 12.00 malam.
.
Terima kasih buat urusetia SSDE di atas kesudian menjemput saya... dan pastinya saya tidak akan menolak sekiranya dijemput lagi dalam siri Roadshow SSDE akan datang. Terima kasih juga buat YBhg Dato' Mazlynoor, Ketua UMNO Bahagian Klang, Pn Roselinda Abdul Jamil, Ketua Puteri UMNO Bahagian Klang, kesemua pemimpin tempatan dan barisan jawatankuasa yang berkesempatan hadir di atas sambutan dan layanan di sepanjang saya berada di sana.
.
Semoga usaha murni semua akan membuahkan kejayaan buat Barisan Nasional dan UMNO Selangor.
.
Suasana sebelum bermulanya ceramah
Berbincang sesuatu bersama Ummi Hafilda bagi membahagikan kandungan ceramah
Membuat penerangan ringkas serba sedikit perkara yang bakal saya sampaikan
Banner program Roadshow SSDE
Ummi Hafilda ketika menyampaikan ceramah

Dato' Mazlynoor menyampaikan bantuan pertanian kepada penduduk tempatan



Bergambar bersama Pn Roselinda (ketua Puteri UMNO Bahagian) yang juga merupakan senior saya semasa di Universiti
Bergambar bersama orang penting pada malam berkenaan
Ramai juga yang mengambil kesempatan bergambar bersama Ummi Hafilda Ali
Zafri (Bob) yang merupakan junior saya dalam debat UiTM yang turut hadir ke program ini
Lagi gambar dirakamkan
Tidak menghampakan barisan jawatankuasa Puteri UMNO yang ingin bergambar
.
.
.
Disediakan oleh:









Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Presiden
Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM)

Tiada ulasan: