Ahad, 18 Disember 2011

Ceramah "Inovasi Dalam Perkhidmatan" untuk IKM KL

17 Disember 2011, Sepang : Satu Ceramah bersempena dengan Hari Q (Kualiti) telah dianjurkan oleh pihak Institut Kemahiran Mara (IKM) Kuala Lumpur. Ceramah ini merupakan salah satu daripada pengisian Program Hari Keluarga yang turut diadakan pada hari yang sama. Program ini telah diadakan bertempat di Dewan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Camar Laut, Bagan Lalang, Sepang.

Ceramah bermula pada jam 10.30 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengahari. Penceramah jemputan bagi program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau menyampaikan ceramah bertajuk "Inovasi dalam Perkhidmatan". Turut sama hadir mendengar ceramah berkenaan adalah Tuan Shaharudin, Pengarah IKM Kuala Lumpur.

Sebaik sahaja selesai ceramah dilangsungkan, majlis diteruskan dengan penyampaian anugerah-anugerah khidmat cemerlang dan juga beberapa anugerah Inovasi untuk kakitangan IKM Kuala Lumpur.

Sekalung syabas dan tahniah kepada pihak urusetia di atas inisiatif serta usaha menjayakan program seperti ini.

Berikut bersama kita kongsi gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan ketika program ceramah Inovasi tersebut berlangsung. Disediakan oleh : EDITOR

1 ulasan:

Awanama berkata...

Assalamualaikum, saya memang enjoy sangat dalam ceramah ni. Terima kasih en samsul atas ilmu yang dikongsi!