Isnin, 5 Disember 2011

Seminar Undang-Undang PBT di MD Ketereh, Kelantan

4 Disember 2011, Ketereh : Satu Seminar Undang-Undang Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah diadakan bertempat di Majlis Daerah Ketereh di Ketereh, Kelantan Darul Naim. Seminar ini telah dianjurkan oleh MD Ketereh selaku tuan rumah dan disertai oleh kira-kira 60 orang Pambantu Penguatkuasa PBT daripada seluruh Negeri Kelantan.

Seminar ini melibatkan Proses, Prosedur dan Tatacara Penguatkuasaan.

Penceramah yang diundang khas adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM) yang juga merupakan Seorang Penasihat Undang-Undang di Majlis Perbandaran Nilai. Ini adalah ekoran daripada tindakan yang tegas dan serius yang telah diambil oleh pihak MPN pada tahun 2010 dan 2011 di dalam memerangi kegiatan Judi Internet Haram serta Rumah-Rumah Urut. Menerusi Seminar ini Sdr Syamsul juga telah berkongsi pengalaman berkaitan kes-kes mahkamah yang pernah diambil serta operasi bersepadu yang pernah dijalankan bersama lain-lain agensi bagi memastikan tindakan tegas dapat diambil ke atas pengusaha-pengusaha aktiviti yang tidak bermoral ini.

Seminar tersebut telah berlangsung mulai jam 8.00 pagi hingga ke jam 5.00 petang.

Menurut penganjur, seminar ini penting bagi memastikan semua anggota penguatkuasa dapat menjalankan tindakan penguatkuasaan dengan teratur dan rapi dan paling penting sekali tidak menyalahi prosedur dan undang-undang.

Pengacara Majlis mempengerusikan programEn Syamsul bersedia sebelum menyampaikan seminarDi antara para peserta yang telah berkesempatan hadirSuasana ketika menyampaikan seminarAhli Majlis MD Ketereh ketika menyampaikan ucapan perasmian penutup programSesi bergambar bersama sebahagian daripada para peserta Lagi gambar yang telah sempat dirakamkan

Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: