Rabu, 14 Disember 2011

"Seminar Pengucapan Awam" Anjuran Wanita UMNO Bahagian Seremban (Laporan)

14 Disember 2011, Seremban : Satu Seminar "Pengucapan Awam" telah diadakan bertempat di Taman Malaysia, Lake Garden, Seremban. Seminar ini yang berlangsung selama sehari telah berlangsung mulai jam 8.30 pagi hingga ke jam 5.00 petang. Penceramah undangan antaranya ialah Ustaz Toha, Pegawai JASA Kuala Pilah dan Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Paling mencuri tumpuan adalah Sdr Syamsul memandangkan slot beliau yang benar-benar meriah dan menceriakan suasana.

Sdr Syamsul diundang selaku penceramah utama program ini memandangkan pengalaman beliau selaku bekas juara beberapa siri pertandingan debat universiti serta setelah memasyhurkan nama UMNO Bahagian Seremban dan Negeri Sembilan ketika muncul Johan Pertandingan Pidato Perdana Islam Hadhari Peringkat Kebangsaan pada tahun 2006.

Turut hadir ke program ini adalah Datuk Shamsiah Shamsudin, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Seremban.

Ustaz Toha memulakan sesi pada jam 8.30 pagi hingga ke jam 9.30 pagi dengan tajuk "Kenegaraan". Kemuadiannya sesi terus bersambung dengan Sdr Syamsul memulakan slot 2 dengan tajuk "Perihal Pengucapan Awam". Antara lain menerusi slot ini Sdr Syamsul mengupas latarbelakang serta pengenalan tentang apa itu pengucapan awam serta kepentingannya.

Slot kedua ini bermula pada jam 9.30 pagi hingga ke jam 12.30 tengahari.

Seminar ini kemudiannya berehat seketika untuk jamuan makan tengahari sebelum bersambung semula pada jam 2.00 petang dengan sekali lagi Sdr Syamsul dijemput membentangkan slot ketiga dengan tajuk "Seni Pengucapan Awam". Kali ini beliau berkongsi teknik-teknik asas pengucapan awam. Cetramah beliau berlangsung hingga ke jam 3.30 petang.

Seterusnya majlis perasmian penutup telah berlangsung dengan majlis ini telah disempurnakan majlis perasmian penutupan oleh Yang Berbahagia Datuk Hj Ishak Ismail, Ketua UMNO Bahagian Seremban.

"Antara lain seminar ini dilihat mampu mengasah kemahiran ahli-ahli pergerakan Wanita UMNO demi memantapkan diri malahan mungkin dapat digunakan oleh mereka selaku jentera pilihanraya yang bakal mendatang", demikian ujar Datuk Ishak di dalam ucapannya.

Menurut Sdr Syamsul pula, "Sesi sehari ini sebenar-benarnya memang tidak mencukupi memandangkan seminar pengucapan awam seperti ini perlu lebih mendalam supaya teknik ini dapat difahami dengan lebih mendalam memandangkan ilmu pengucapan awam ini bukan hanya memerlukan pendedahan menerusi aspek teori semata-mata tetapi juga aspek praktikal yang perlu diambil kira demi memantapkan kemahiran ini. Apa pun, minat para peserta di dalam mengikuti seminar seperti ini benar-benar mengagumkan!"

Sebagai respon kepada ini, Datuk Ishak menerusi ucapannya akan berusaha menjayakan program lanjutan bagi program ini selama 3 hari dan 2 malam, dan tempat dan masanya akan ditentukan kemudian. Antara destinasi pilihan yang dicadangkan adalah di Pulau Langkawi. Pengumuman ini mendapat tepukan gemuruh daripada para peserta.

Apa pun EDITOR dengan ini ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Seremban serta semua peserta yang mengikuti seminar ini.

Berikut dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan.


Sdr Syamsul ketika menyampaikan ceramahnyaMerujuk kepada slide yang dibentangkanPelbagai aksi dan teknik dikongsi bersama Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: