Ahad, 29 Januari 2012

Bengkel Kehakiman Debat Keamanan Kali Ke-3 di UiTM

28 Januari 2012, Shah Alam: Sekali lagi Bengkel Kehakiman telah diadakan (buat kali ketiga) bagi pertandingan Debat Keamanan Antara IPT ASEAN 2012. Kali ini bengkel kehakiman telah dijalankan di Fakulti Pendidikan, UiTM di Seksyen 17, Shah Alam. Bengkel kali ini diadakan sebagai bengkel terakhir buat hakim yang tidak dapat hadir pada bengkel kali pertama dan kedua yang diadakan pada 24 Disember 2011 dan 14 Januari 2012 yang lalu. Kali ini bengkel berlangsung dengan kehadiran lagi 20 orang peserta.

Bengkel ini berlangsung mulai jam 2.30 petang hingga ke jam 5.30 petang.

Bengkel ini telah dikendalikan oleh Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM) (gambar) yang juga merupakan Ketua Hakim bagi pertandingan tersebut. Menurut Sdr Syamsul,"Ini merupakan bengkel yang terakhir yang kita adakan, dan Insya Allah, hakim-hakim yang telah sempat menghadiri bengkel akan diberikan keutamaan untuk mengadili pertandingan. Kita mahu mereka yang berminat ini mengaplikasikan dengan sebenar-benarnya teknikal serta peraturan pertandingan, memandangkan pertandingan ini merupakan format yang agak baru dan baru sahaja sekali pernah dilaksanakan, itu pun di peringkat Universiti tempatan sahaja pada tahun lalu. Insya Allah juga, menerusi penerangan serta sesi soal-jawab yang telah kita adakan pada ketiga-tiga bengkel akan menjadikan hakim sebagai hakim yang benar-benar layak mengadili pertandingan itu nanti".

Pertandingan Debat Keamanan Antara IPT ASEAN 2012 ini dijangka berlangsung tidak lama lagi iaitu pada 4 Februari 2012 hingga 8 Februari 2012. Semoga usaha yang dijalankan ini mampu menyumbang ke arah mutu pengadilan yang berkualiti semasa pertandingan berlangsung nanti.

Sempat merakamkan gambar kenangan sebaik sahaja tamat bengkel kali ketiga

Disediakan oleh : EDITOR

Khamis, 26 Januari 2012

Majlis Perjumpaan TPM Bersama Penceramah Penerangan UMNO

Pada 20 Januari 2012 telah berlangsungnya perjumpaan khas YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Mohd Yassin, Timbalan Pengerusi Barisan Nasional & Timbalan Presiden UMNO bersama Penceramah Penerangan UMNO Malaysia.

Program ini telah diadakan bertempat di Dewan Seri Endon, Aras 23, Bangunan UMNO, PWTC, Kuala Lumpur. Kira-kira lebih 100 orang penceramah yang telah dijemput hadir dari seluruh pelusuk tanahair.

Program ini telah dimulakan dengan ceramah khas oleh YB Dato' Zulkifli Noordin, Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu mulai jam 9.00 pagi hingga ke jam 11.00 pagi. Antara lain beliau mengupas persoalan serta isu-isu semasa politik tanahair menurut persepsi beliau.

Program kemudiannya bersambung dengan ucapan alu-aluan oleh YB Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan, Pengerusi Biro Publisiti & Penerangan Barisan Nasional.

Jam 11.00 pagi, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin pula menyampaikan amanat dan pesanan kepada kesemua penceramah yang hadir. Beliau menyampaikan pelbagai amanat dan pesanan serta nasihat agar berceramah berdasarkan fakta dan menganggap ceramah ini merupakan satu medan perjuangan demi memastikan kejayaan Barisan Nasional di dalam pilihanraya yang akan datang.

Turut hadir sama di dalam program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM) yang juga merupakan Penceramah Penerangan UMNO Malaysia.

Program kemudiannya diakhiri dengan jamuan makan tengahari TPM bersama kesemua penceramah di Aras 39, PWTC.

Berikut dikongsikan gambar-gambar semasa program tersebut berlangsung.

Tn Hj Nasiruddin Jantan bertindak selaku pengerusi majlisDewan Seri Endon yang dipenuhi penceramahTn Hj Nasiruddin mempersilakan YB Dato' Zulkifli Noordin menyampaikan ceramahnyaYB Datuk Zulkifli ketika menyampaikan ceramahDari kiri; Zulkifli, Ahmad Maslan, Muhyddin dan Tengku AdnanDatuk Zainal Abidin Sakom membacakan doa selamat tanda pembukaan acara kemuncakYB Datuk Ahmad Maslan menyampaikan ucapan alu-aluanTan Sri Muhyiddin ketika menyampaikan amanat dan pesanan

Disediakan oleh : EDITOR

Ahad, 15 Januari 2012

Bengkel Kehakiman Debat Keamanan IPT ASEAN 2012 (Bengkel Kali Ke-2)

14 Januari 2012, Seremban : Bengkel Kehakiman kali kedua untuk Pertandingan Debat Keamanan IPT ASEAN 2012 telah diadakan bertempat di SMK Seri Ampangan, Seremban. Bengkel kali kedua diadakan khusus buat barisan hakim yang tidak dapat menghadirkan diri pada bengkel kali pertama yang diadakan pada 24 Disember 2011 yang lalu di UPNM, Sungai Besi.

Bengkel kali ini disertai kira-kira lebih 30 orang hakim, dan bengkel tersebut berlangsung mulai jam 8.00 pagi hingga ke jam 12.00 tengahari.

Sekali lagi bengkel ini telah dikendalikan oleh Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM) yang juga merupakan Ketua Hakim bagi Pertandingan Debat Keamanan IPT ASEAN 2012 ini.

Program ini telah turut dihadiri oleh Sdr Norkhalis iaitu Jurulatih Debat UPNM yang juga bertindak selaku Penasihat Program Debat Keamanan IPT ASEAN yang dijangka berlangsung pada 3 Februari 2012 hingga 7 Februari 2012. Sdr Norkhalis juga telah sudi menyampaikan sijil-sijil penyertaan kepada para peserta.

Berikut dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan ketika program tersebut berlangsung.

SESI MINUM PAGI

Barisan hakim menikmati jamuan minum pagi sebaik sahaja selesai taklimat di sebelah pagiSdr Johari yang leka merakamkan gambar suasanaMenikmati jamuan minum pagi dengan menu nasi lemak yang menyelerakanDi antara barisan urusetia daripada UPNM yang berkesempatan hadirSdr Khalis dan Sdr Mohamad (Alumni UNITEN) leka berbincang sesuatuSUASANA KETIKA 'MOCK DEBATE' DILANGSUNGKANSuasana ketika mock debate berlangsungSemua hakim leka menyaksikan sambil memberikan penilaian markah masing-masingPENYAMPAIAN SIJIL-SIJIL PENYERTAANSdr Norkhalis menyampaikan sijil kepada para peserta

Disediakan oleh : EDITOR