Ahad, 29 Januari 2012
Bengkel Kehakiman Debat Keamanan Kali Ke-3 di UiTM
28 Januari 2012, Shah Alam: Sekali lagi Bengkel Kehakiman telah diadakan (buat kali ketiga) bagi pertandingan Debat Keamanan Antara IPT ASEAN 2012. Kali ini bengkel kehakiman telah dijalankan di Fakulti Pendidikan, UiTM di Seksyen 17, Shah Alam. Bengkel kali ini diadakan sebagai bengkel terakhir buat hakim yang tidak dapat hadir pada bengkel kali pertama dan kedua yang diadakan pada 24 Disember 2011 dan 14 Januari 2012 yang lalu. Kali ini bengkel berlangsung dengan kehadiran lagi 20 orang peserta.
Bengkel ini telah dikendalikan oleh Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM) (gambar) yang juga merupakan Ketua Hakim bagi pertandingan tersebut. Menurut Sdr Syamsul,"Ini merupakan bengkel yang terakhir yang kita adakan, dan Insya Allah, hakim-hakim yang telah sempat menghadiri bengkel akan diberikan keutamaan untuk mengadili pertandingan. Kita mahu mereka yang berminat ini mengaplikasikan dengan sebenar-benarnya teknikal serta peraturan pertandingan, memandangkan pertandingan ini merupakan format yang agak baru dan baru sahaja sekali pernah dilaksanakan, itu pun di peringkat Universiti tempatan sahaja pada tahun lalu. Insya Allah juga, menerusi penerangan serta sesi soal-jawab yang telah kita adakan pada ketiga-tiga bengkel akan menjadikan hakim sebagai hakim yang benar-benar layak mengadili pertandingan itu nanti".
Pertandingan Debat Keamanan Antara IPT ASEAN 2012 ini dijangka berlangsung tidak lama lagi iaitu pada 4 Februari 2012 hingga 8 Februari 2012. Semoga usaha yang dijalankan ini mampu menyumbang ke arah mutu pengadilan yang berkualiti semasa pertandingan berlangsung nanti.
Disediakan oleh : EDITOR
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan