Ahad, 15 Januari 2012

Bengkel Kehakiman Debat Keamanan IPT ASEAN 2012

24 Disember 2011, Sungai Besi: Satu Bengkel Kehakiman bagi Pertandingan Debat Keamanan IPT ASEAN 2012 telah diadakan bertempat di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Program ini telah dilangsungkan mulai jam 8.30 pagi hingga ke jam 12.30 tengahari. Program ini telah mendapat penyertaan lebih 60 orang hakim dari seluruh Malaysia. Bengkel ini diadakan bagi persediaan Pertandingan Debat Keamanan IPT ASEAN 2012 yang dijangka berlangsung pada 3 Februari 2012 hingga 7 Februari 2012.

Program ini telah bermula dengan sesi taklimat tentang syarat pertandingan dan pemarkahan. Taklimat ini telah disampaikan oleh Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM) yang telah dipilih menjadi Ketua Hakim pertandingan ini. Sebaik sahaja selesai taklimat, program berhenti rehat seketika pada jam 10.00 pagi untuk memberi peluang kepada para hakim untuk menikmati jamuan minum pagi yang telah disediakan oleh pihak urusetia UPNM.

Program kemudiannya bersambung semula pada jam 10.30 pagi dengan simulasi Pertandingan Debat Keamanan dengan dua pendebat UPNM telah dipilih untuk menunjukkan demonstrasi bagaimana pertandingan debat itu berlangsung untuk membawa kefahaman yang lebih jelas kepada para hakim yang hadir.

Program tersebut tamat kira-kira jam 12.30 tengahari.

Berikut dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan di sepanjang program tersebut berlangsung.

Sdr Syamsul ketika menyampaikan taklimat syarat & peraturan pertandinganSuasana ketika simulasi pertandingan debat keamanan dipertontonkanHakim bertanya soalan kepada peserta di dalam sesi pertanyaan hakimSuasana ketika soal jawab hakim kepada Ketua Hakim berkaitan segala kemusykilan yang timbulSdr Syamsul menjawab satu persatu setiap persoalan yang ditimbulkanPelbagai reaksi dan pandangan diterimaWan Azizul bertindak selaku pengacara majlis ketika sesi penutup Bengkel KehakimanProf. Wan Mahzom Ahmad Shah, Timbalan Naib Canselor HEPA UPNM, ketika menyampaikan ucapan perasmian penutupan Bersedia untuk menyampaikan sijil penyertaanSijil Penyertaan yang diterima oleh para pesertaDi antara peserta yang tampai di atas pentas menerima sijil penyertaanBarisan hakim bergambar beramai-ramai sebagai tanda kenangan

Berbincang sesuatu bersama Prof Wan Mahzom sebaik sahaja program selesai


Disediakan oleh : EDITOR


Gambar ihsan : Sdr Johari

Tiada ulasan: