Khamis, 9 Februari 2012
UPNM Juara Debat Keamanan 2012 !!
8 Februari 2012, Kuala Lumpur: Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah dinobatkan selaku juara pertama Pertandingan Debat Keamanan Antara IPT ASEAN 2012. UPNM menerusi wakilnya iaitu Sdr Wan Azizul Faiz telah berjaya menumpaskan Sdri Siti Hajar daripada UPM di perlawanan akhir yang menyaksikan Wan Azizul menang dengan juri 5 : 0 dan margin 3.5 (tipis).
Dengan kemenangan ini juga menjadikan Wan Azizul Faiz sebagai satu-satunya peserta yang berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah di sepanjang perlawanan berlangsung.
Ketua Hakim pada malam itu iaitu Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail yang juga merupakan Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM) telah memberikan ulasan dan komen berkaitan perlawanan akhir tersebut. Menurut beliau tahap persembahan di peringkat akhir adalah baik cuma masih mempunyai banyak ruang untuk diperbaiki di masa-masa akan datang.
Dengan gelaran johan ini UPNM meraih piala dan wang tunai berjumlah RM 10,000 manakala Siti Hajar (UPM) membawa pulang piala iringan dan wang tunai berjumlah RM 8,000. Ditempat ketiga pula dikongsi oleh UPNM dan UTP di mana masing-masing memperolehi piala iringan dan wang tunai masing-masing RM 3,000.
Tahniah diucapkan kepada yang berjaya dan kepada yang gagal, usaha lagi di masa akan datang. Berikut dikongsikan gambar-gambar di sepanjang program tersebut berlangsung dari 4 Februari 2012 hingga ke 8 Februari 2012.
Juara daripada UPNM dan Pemenang Tempat ketiga (UPNM) bergambar bersama Prof Wan Mahzon (TNC HEPA UPNM) dan juga Sdr Syamsul Amri (Ketua Hakim)Suasana ketika perbincangan bersama petugas sebelum pertandingan bermulaFokus mendengar taklimat yang disampaikanSuasana di dalam bas ketika para hakim dan pegawai dibawa menuju ke venue 'Welcoming Dinner'Suasana di Majlis 'Welcoming Dinner'Ketua Hakim bergambar di tempat penginapan para hakim di Pusat Belia AntarabangsaSemua hakim bergambar bersama para peserta pertandinganDari kiri: En Zarinezam (hakim), Prof Wan Mahzom (TNC HEP), Sdr Syamsul (Ketua Hakim) dan Sdr Faizal (Hakim/Pegawai dari Lim Kok Wing University)Dari kiri: Rizal Safari (Hakim), Prof Wan Mahzom, Sdr Syamsul dan Sdr Harmi (Hakim) Bergambar selepas selesainya Pertandingan Akhir Debat Keamanan 2012
Disediakan oleh : EDITOR
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
pertandingan debat ala presiden banyak mengajar para pendebat berfikir dengan lebih kritis & kreatif kerana terpaksa berfikir sorang-sorang tanpa bantuan,,,ini sangat menguji kemampuan pendebat,,,tahniah kepada ADAM yg menjadi hakim dan segala komen yg diberikan sangat membina jati diri pendebat
Catat Ulasan