Khamis, 23 Februari 2012

Ceramah Motivasi Pekerja di Maktab PDRM, Cheras

22 Februari 2012, Cheras : Satu ceramah bertajuk "Pembentukan Jatidiri, Sahsiah Matang dan Berketrampilan" telah diadakan bertempat di Maktab PDRM, Cheras. Ceramah ini telah disampaikan kepada lebih 30 orang kakitangan yang merupakan Pegawai di PDRM yang datang daripada seluruh negara.

Ceramah telah disampaikan selama 2 jam mulai jam 9.00 pagi hingga ke jam 11.00 pagi. Ceramah ini telah disampaikan oleh Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM).

Antara lain beliau memberikan tips-tips bagaimana untuk menjadi seorang pekerja cemerlang di samping itu menjadi pegawai yang sentiasa patuh kepada peraturan serta mementingkan imej, personaliti serta ketrampilan diri. Beliau yang merupakan penceramah yang sudah tidak asing lagi di Maktab PDRM Cheras ini, seperti biasa menggunakan teknik penyampaian bersahaja yang menjadikan para peserta sentiasa segar dengan isikandungan yang disampaikan.

Berikut dikongsikan beberapa gambar di sepanjang ceramah tersebut berlangsung.

Para peserta fokus mendengar ceramahMendengar dengan teliti persoalan dari para pesertaPelbagai aksi dan gaya ditonjolkanSuasana ceramah yang sentiasa ceria.... Sekali sekala mencatat isikandungan yang disampaikanAda yang ketawa sampai terpaksa mengesat air mata....Suasana ceria tanpa henti !Ketawa besar nampak!!Para peserta tidak dapat menahan ketawa dengan pelbagai kisah teladan yang dikongsi bersama.

Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: