Ahad, 12 Februari 2012

Program Ceramah Keibubapaan SMK DUMA, Jelebu

11 Februari 2012, Jelebu : Satu Program Ceramah Keibubapaan telah diadakan bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Undang Musa Al-Haj (SMK DUMA), Kuala Klawang, Jelebu. Program ini diserta kira-kira ratusan pelajar tingkatan 3, 5 dan 6 serta ibu bapa bagi memberikan dorongan dan persediaan pelajar menghadapi peperiksaan serta peranan yang perlu dimainkan oleh ibu bapa menjelang peperiksaan yang bakal dihadapi oleh para pelajar nanti.

Program ini telah turut dihadiri oleh Pn Hjh Siti Rahimah bt Sulaiman, Pengetua SMK DUMA, Pn Zuraimi bt Ismail (GPK HEM, SMK DUMA) dan guru-guru SMK DUMA. Tetamu kehormat bagi program ini ialah Tuan Zulkifli bin Jawi, Yang DiPertua PIBG SMK DUMA.

Penceramah undangan bagi program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau menyampaikan ceramah bertajuk "Persediaan Akhir Dengan Yakin". Antara lain beliau memberi tips kepada para pelajar serta ibu bapa tentang tugas dan peranan masing-masing bagi menghadapi peperiksaan dan seterusnya memastikan kejayaan yang cemerlang di dalam peperiksaan yang bakal ditempuhi nanti.

Di akhir program ini juga telah berlangsungnya majlis melafazkan ikrar dan akujanji oleh para pelajar di hadapan ibu bapa masing-masing sebagai tekad dan semangat menggapai kejayaan di dalam peperiksaan yang bakal mendatang.

Program ceramah telah berlangsung mulai jam 9.00 pagi hingga ke jam 11.00 pagi. Berikut dikongsikan beberapa gambar di sepanjang program tersebut berlangsung.


Di antara pelajar yang terlibat sebagai urusetia pendaftaranSdr Syamsul bersarapan bersama Pengetua dan yang lainnya sebelum sesi ceramah bermulaTurut bersama di meja jamuan ialah Tuan Zulkifli bin Jawi (berbaju batik)Para tetamu mengambil tempatSdr Syamsul kelihatan membelek nota sepintas lalu sebelum memulakan ceramahPengerusi Majlis memulakan acaraPara pelajar kelihatan ceria di dalam program iniPara pelajar mencatat setiap tips dan pesanan yang disampaikan oleh penceramahCeramah bermulaGuru-guru yang duduk di belakang turut ceria mendengar buah bicara yang disampaikan oleh Sdr SyamsulPelbagai aksi dan gayaSuasana di dalam Dewan Besar SMK DUMADi antara guiru-guru lelaki yang turut berkesempatan hadirTuan Zulkifli bin Jawi, Yang DiPertua PIBG menyampaikan ucapanPara pelajar bangun melafazkan ikrar dan akujanjiKetua Pengawas memimpin lafaz ikrar dan akujanjiPn Hjh Siti Rahimah (Pengetua) menyampaikan cenderahati kepada Sdr Syamsul AmriGuru-guru masih lagi kelihatan ceria hingga ke akhir programGuru-guru turut sama menyertai jamuan makan tengahari sebaik sahaja selesai programSdr Syamsul dan Tuan Zulkifly di meja hidangan utama

Disediakan oleh : EDITOR Gambar ihsan daripada : Pn Rohaiza (SMK DUMA)

Tiada ulasan: