Isnin, 20 Februari 2012

Seminar Fungsi & Peranan Ahli Majlis di Majlis Daerah Ketereh

19 Februari 2012, Pasir Putih : Satu Seminar "Peraturan & Undang-Undang serta Fungsi & Peranan Ahli-Ahli Majlis PBT" telah dianjurkan oleh pihak Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam, Kelantan. Seminar ini telah berlangsung di Tok Aman Bali Beach Resort di Pasir Putih, Kelantan.


Seminar ini disertai kira-kira 35 orang Ahli-Ahli Majlis MDK serta Ketua-Ketua Bahagian di dalam MDK. Program seminar ini berlangsung mulai jam 8.30 pagi hingga ke jam 4.30 petang. Penceramah undangan bagi program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM).

Antara lain, seminar ini mendedahkan tentang peranan serta tanggungjawab yang perlu difahami oleh ahli-ahli Majlis supaya semua pihak sedar akan setiap peranan yang perlu dimainkan tanpa melanggar mana-mana peruntukan undang-undang.

Syabas dan tahniah daripada EDITOR buat MDK di atas inisiatif bagi menjayakan program ini.

Di sinilah tempat berlangsungnya SeminarBilik Penginapan yang selesaSuasana di dalam Resort yang cantik dan indahLandskap yang memukau mataKawasan yang luas dengan hiasan landskap yang menyegarkan...Tn Hj Adnan Husin, Yang DiPertua MDK ketika menyampaikan ucapan perasmianYang DiPertua menyuarakan amanat serta sasaran yang ingin dicapai menerusi seminar iniSuasana ketika seminar berlangsungSdr Syamsul Amri bin Hj Ismail ketika menyampaikan seminarPara peserta menerima sijil-sijil penyertaan Merakamkan gambar-gambar kenangan



Disediakan oleh : EDITOR

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

I like the valuable information you provide on your articles.
I'll bookmark your weblog and check again right here frequently. I'm rather certain I will be told many
new stuff proper right here! Best of luck for the next!


Here is my page; Kuta Beach Club Bali Indonesia