Khamis, 9 Februari 2012

Liga Debat Persahabatan di USIM

9 Februari 2012, Nilai : Satu program Liga Debat Persahabatan telah diadakan bertempat di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Program ini merupakan program persediaan bagi para pendebat sebelum menyertai Pertandingan Debat DiRaja 2012 bertempat di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang. Program ini disertai oleh 10 buah universiti yang menggunakan kesempatan ini untuk menjalani perlawanan sesi 'pemanas badan' sebelum beraksi di Pulau Pinang mulai hujung minggu ini.

Di antara senior yang turut hadir menyaksikan program ini serta membantu menjadi hakim dan memberikan bimbingan dan tips kepada peserta adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM).

Program ini dijangka berlangsung selama dua hari sehingga 9 Februari 2012. Dengan ini EDITOR mengucapkan tahniah dan syabas kepada USIM dan UNIMAP selaku pelopor bagi program ini dan semoga ia diteruskan lagi bagi pertandingan-pertandingan lain.

Pasukan Universiti Malaysia Sabah (UMS) di antara yang menyertai program iniSdr Syamsul memberikan ulasan sebaik sahaja selesai memantau perlawanan membabitkan UMS bertemu UNIMAPSuasana tenang di sekitar bilik Kelab Debat dan Pidato USIM di sepanjang program berlangsung

Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: