Khamis, 7 November 2013

Ceramah Motivasi Kecemerlangan Pelajar di Kolej Vokasional Gombak

30 Oktober 2013, Gombak : Satu Program Ceramah Motivasi Kecemerlangan Pelajar telah diadakan khusus buat para pelajar Tingkatan 5 yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013 di Kolej Vokasional Gombak. Program ceramah ini telah berlangsung di Surau Kolej Vokasional Gombak.

Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Pentingnya Restu Guru" dan "Persediaan Akhir Di Dalam Menghadapi Peperiksaan".

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ceramah tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: