Khamis, 7 November 2013

Ceramah Motivasi Kecemerlangan PSAS di Felda Residence, Trolak

31 Oktober 2013, Sungkai : Satu Program Seminar Hasta La Vista telah diadakan khusus buat para pelajar yang bakal menamatkan pengajian di dalam bidang Diploma Peruncitan di Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) Behrang. Program ini diadakan bagi memperlengkapkan diri para pelajar sebelum menempuh alam pekerjaan setelah tamat pengajian kelak. Program ini berlangsung di Felda Residence, Trolak.

Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Rejuvenasi Minda Menuju Kecemerlangan", "Betulkan Yang Biasa, Biasakan Yang Betul" dan "Persediaan Menghadapi Alam Pekerjaan". Beliau telah menyampaikan ceramah ini mulai jam 8.30 pagi hingga ke jam 5.00 petang.

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: