Khamis, 7 November 2013

Ceramah Motivasi "Rejuvenasi MInda" di UiTM Puncak Alam

29 Oktober 2013, Puncak Alam : Satu Program Seminar "The Power of Inspire" telah diadakan bertempat di Dewan Kuliah 12, Fakulti Pengurusan Perniagaan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Puncak Alam. Program seminar ini berlangsung mulai jam 8.30 pagi hingga ke jam 1.00 petang.

Di antara penceramah yang telah diundang adalah Sdr Izwan Azir Saleh (Personaliti TV3) dan juga Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM).

Paling menarik perhatian sehingga menggamatkan suasana di dalam DK 12 adalah apabila Sdr Syamsul mengambil gilirannya menyampaikan ceramah bertajuk "Rejuvenasi Minda Menuju Kecemerlangan". Beliau menyampaikan ceramah mulai jam 11.00 pagi hingga ke jam 1.00 petang.

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ceramah tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: