Isnin, 17 November 2014

Ceramah Motivasi Pembangunan Wanita Kuala Pilah

14 November 2014, Seremban : Satu Program Ceramah Motivasi Pembangunan Wanita telah diadakan khusus buat kaum wanita. Program ini telah dianjurkan oleh Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Kuala Pilah yang diterajui oleh YB Dato' Norhayati Omar, Exco Pergerakan Wanita UMNO Malaysia yang juga merupakan ADUN Pilah.

Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Peranan Wanita Dalam Pembangunan Ummah".

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program tersebut dilangsungkan.



Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: