Isnin, 10 November 2014

Ceramah Motivasi "Seronok Bekerja & Integriti" di Perpustakaan Awam NS

10 November 2014, Seremban : Satu Program Ceramah Motivasi Pekerja telah diadakan khusus buat para Pegawai dan Kakitangan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS). Program ini merupakan program bulanan Jabatan ini dan telah berlangsung di Tingkat 3, Bangunan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan di Seremban.

Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Seronok Bekerja & Pekerja Berintegriti". Pelbagai tips serta panduan dikongsikan berkaitan carabagaimana untuk seronok bekerja tanpa mengorbankan nilai-nilai integriti di dalam organisasi.

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: