Rabu, 5 November 2014

Ceramah Motivasi "Self-Marketing" di UiTM Johor Kampus Segamat

3 November 2014, Segamat : Satu Program Seminar "THE ART OF SELF MARKETING" telah dianjurkan oleh Fakulti Pengurusan Perniagaan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Segamat, Johor Darul Takzim. Program seminar sehari ini mendapat sambutan hangat dari seluruh pelajar FPP, UiTM Segamat ini. Program ini telah dilangsungkan di Dewan LT1, UiTM Segamat, Johor.

Di antara penceramah yang telah diundang ke program ini termasuklah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM) yang juga merupakan Alumni UiTM. Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Self-Marketing".

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ceramah tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: