Khamis, 1 Januari 2015

Ceramah Memperingati Kelahiran Nabi Muhammad SAW (Maulidur Rasul) 1436 Hijrah

 

1 Januari 2015 : Satu Program Ceramah bersempena dengan Sambutan Maulidur Rasul 1436 Hijrah telah diadakan. Program ini telah berlangsung dengan jayanya dengan disertai oleh kira-kira 100 orang peserta. Program Maulidur Rasul ini merupakan program tahunan yang sewajarnya dihadiri dan segala intipati daripada ceramah wajib dilihat dari aspek keluhuran Nabi Muhammad SAW serta dipraktikan dalam kehidupan sehari-hari.

Maulidur Rasul ( atau dalam bahasa Arab membawa maksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammd SAW. Hari kelahiran Nabi jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awwal, Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah Nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah SWT akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar Ceramah Maulidur Rasul 1436 Hijrah yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ceramah ini berlangsung


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: